Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Setuju Bawa Balik...

BENTONG - Kerajaan hari ini bersetuju untuk membawa pulang staf tertentu Wisma Putra...

Ujian RTK-Antigen Air Liur...

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan pemberian kit ujian pantas (RTK-Antigen) air liur...

Veteran Tentera Mohon Kuota...

KANGAR - Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVTTBM) memohon agar kuota haji...

2 Lagi Suspek Dalang...

KUCHING - Polis menahan 2 lagi individu yang disyaki dalang sindiket penipuan pekerjaan...

[Sidang DUN] Terengganu Lulus Belanjawan 2023

KUALA TERENGGANU : Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini meluluskan Belanjawan 2023 selepas dibahaskan selama empat hari oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sejak Isnin lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Belanjawan Terengganu 2023 bertemakan ‘Memacu Terengganu Berdaya Tahan’ yang memperuntukkan RM1.991 bilion untuk perbelanjaan mengurus serta menggariskan tiga teras sebagai pendekatan iaitu menyantuni rakyat, memacu ekonomi dan melestarikan pembangunan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dalam sesi penggulungannya berkata, Malaysia masih berdepan dengan isu global antaranya wabak Covid-19, konflik antarabangsa, gangguan rantaian bekalan, kenaikan harga komoditi, dasar monetari yang diperketatkan serta ancaman iklim dan bencana.

“Manakala isu domestik pula adalah seperti peningkatan kadar inflasi dan kos sara hidup, tahap pengangguran yang belum kembali kepada tahap pra-pandemik, peningkatan golongan mudah terjejas, penyusutan mata wang ringgit serta kedudukan kewangan kerajaan yang mencabar.

“Apa yang paling penting, semua bantuan yang diumumkan dalam Belanjawan sama ada yang bersifat bersasar kepada penerima atau bersifat awam sebagaimana yang saya tegaskan sebelum ini dan berikan peringatan kepada agensi pelaksana agar agihannya mestilah diberikan secara adil tanpa melihat perbezaan warna politik, bangsa mahupun agama.


“Siapa sahaja rakyat Terengganu yang layak dan melepasi syarat-syarat yang ditetapkan, walau apa jua kaum dan agama, mestilah diberikan asalkan mereka layak untuk menerima bantuan daripada kerajaan negeri,” katanya.

Pada pembentangan Belanjawan 2023 pada Isnin lalu, kerajaan negeri menganggarkan hasil sejumlah RM1.810 bilion iaitu sebanyak RM65.17 juta daripada hasil cukai dan RM135.59 juta pula adalah daripada hasil bukan cukai.

Selain itu, sebanyak RM1.609 bilion lagi adalah daripada terimaan bukan hasil termasuk bayaran hasil petroleum.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori