Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Keistimewaan Melayu Sedang Dipersoal,...

SHAH ALAM - Kebangkitan Melayu ketika ini berlaku selepas melihat intipati keistimewaan mereka...

CB204: TLDM Akan Tubuh...

KOTA KINABALU - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menubuhkan sebuah lembaga siasatan...

ATM, Perbankan ‘Online’ Selamat...

KUALA LUMPUR - Mesej elektronik mengenai gangguan terhadap perbankan dalam talian/Internet dan perkhidmatan...

Hospital Medan Malaysia Tarik...

KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan membina Hospital Medan Malaysia di Cox's Bazar, Bangladesh...

SRC: Najib Peroleh Kebenaran Keluar Notis Pihak Ketiga

KUALA LUMPUR : Bekas Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Tinggi untuk mengeluarkan notis kepada enam bekas pengarah SRC International Sdn. Bhd. untuk dinamakan sebagai pihak ketiga dalam kes saman US$1.18 bilion yang difailkan syarikat itu terhadapnya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Enam individu terbabit ialah Datuk Suboh Md Yassin, Nik Faisal Ariff Kamil, Datuk Mohammed Azhar Osman Khairuddin, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Che Abdullah @ Rashidi Che Omar.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Najib dan pihak SRC International tidak mengemukakan sebarang bantahan terhadap permohonan tersebut.

SRC International diwakili peguam, A.Thenesh.

Mahkamah kemudian mengarahkan notis berkenaan diserahkan kepada enam individu terbabit dalam tempoh 14 hari selepas ia dikeluarkan. Harvinderjit berkata pihaknya akan mengeluarkan notis berkenaan minggu depan.

Pada 7 Mei 2021, SRC di bawah pengurusan baharunya, memfailkan saman terhadap Najib, Suboh, Mohammed Azhar, Nik Faisal, Che Abdullah @ Rashidi, Shahrol Azral dan Ismee.


Bagaimanapun, syarikat itu kemudian menggugurkan keenam-enam nama individu itu daripada saman berkenaan dan hanya mengekalkan Najib sebagai defendan.

Dalam writ samannya, SRC mendakwa Najib menyalahgunakan kuasa dan memperoleh manfaat peribadi daripada dana SRC selain menyeleweng dana tersebut.

Najib adalah Penasihat Emeritus SRC dari 1 Mei 2012 hingga 4 Mac 2019.

SRC yang kini dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD) menuntut ganti rugi am, teladan, tambahan dan faedah, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Pada 7 Disember 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC selepas menolak rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori