Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Harga Susu Di Singapura...

SINGAPURA - Setelah teruk dibebankan dengan kos sara hidup cukup tinggi termasuk tarif...

SPR Manfaat Platform Digital...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang giat mempromosikan platform digital sebagai medan...

Maxis Dan Astro Nafi...

KUALA LUMPUR - Maxis Communications Bhd (MCB) menafikan dakwaan bahawa syarikat itu memaksa...

Heboh! Bila Jenama Kain...

HEBOH jadinya apabila seorang netizen yang dikenali sebagai Tasha Loveka mendakwa membeli kain corak...

Suami Bakar Isteri Di Subang

JAKARTA – Kes penemuan mayat seorang wanita yang terbakar di dalam sebuah kereta di Subang, Jawa Barat akhirnya berjaya dirungkai, lapor laman berita Tribunnews hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Suspek diberkas polis dalam tempoh kurang dari 24 jam selepas mayat Muflihah, 29, ditemui di dalam sebuah kereta Daihatsu Ayla berwarna merah.

Pelaku ialah suami mangsa sendiri, Rohjaya, 43. Muflihah dikatakan berasal dari Cirebon, Jawa Barat.

“Mangsa ialah seorang penghibur di Cirebon sebelum menjadi isteri kedua suspek. Mereka bertemu di tempat hiburan,” kata Ketua Polis Subang, AKBP Sumarni dalam sidang media semalam.

Rohjaya membunuh Muflihah kerana kecewa isterinya bekerja di tempat hiburan. Suspek menikam mangsa di rumah mereka pada Khamis lalu sekitar pukul 2 petang (waktu tempatan).

“Mangsa kemudian dibawa ke kereta, sebelum dibungkus dengan pakaian milik suspek dalam posisi meniarap,” kata Sumarni.

Rohjaya kemudian memandu kereta milik mangsa dari rumah mereka menuju ke Jakarta.


“Mangsa dibawa menuju ke Pusakanagara, Subang. Setibanya di depan sebuah bangunan kosong, suspek menyiram mayat mangsa dengan minyak diesel dan membakarnya.

“Suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki bas ke Jakarta,” tambah Sumarni.

Menurut Sumarni, mangsa mengalami kesan tikaman pada leher. Selain itu, polis turut berjaya mendapatkan beberapa bukti pembunuhan tersebut.

“Bahan bukti yang diperoleh termasuk pakaian mangsa dan pakaian pelaku yang dipenuhi darah, separuh air botol 1.5 liter dan sebuah kereta. Pisau yang diguna untuk menikam mangsa masih belum ditemui,” katanya.

Suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Subang. Dia berdepan pertuduhan di bawah Perkara 340 Kanun Jenayah dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup atau maksimum 20 tahun.

-Kosmo Online

  • Lagi berita berkaitan:
  • bakar

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori