Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

UPP Kelantan Rampas Rokok...

KOTA BAHARU - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan berjaya merampas rokok seludup rokok...

Cincin Di Jari Manis...

BALIK PULAU - Seorang lelaki terpaksa meminta bantuan anggota bomba selepas cincin di...

Polis, Tentera Indonesia Siasat...

JAKARTA: Polis dan tentera Indonesia membuka kertas siasatan berhubung sindiket membawa pendatang asing...

Pemilihan Kongres Ke-53: Gabungan...

BANGI - Anggota gabungan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu bersikap rasional dan memilih...

Suhu Di Malaysia 22 Darjah Celsius Hingga Februari

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Malaysia terutama di tanah rendah melibatkan negeri Pantai Timur serta Sabah dan Sarawak diramalkan mengalami cuaca dingin dan sejuk susulan Monsun Timur Laut (MTL).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr. Mohd. Hisham Mohd Anip berkata, fenomena cuaca itu melibatkan perubahan angin sejuk dan pembentukan awan hujan yang menghalang cahaya matahari menembusi kawasan rendah.

Katanya, keadaan itu mengakibatkan purata suhu harian negara menurun kepada antara 22 hingga 28 darjah Celsius iaitu dua hingga 10 darjah Celsius lebih rendah daripada kebiasaannya.

“Bagi sebelah pantai barat, biasanya akan kena tempias juga daripada awan hujan Pantai Timur ini, namun tidak memberikan kesan yang besar kepada perubahan suhu.

“Kawasan tanah tinggi juga hanya mengalami sedikit penurunan berbanding kawasan tanah rendah kerana tidak mendapat cahaya matahari secara menyeluruh selain dilitupi dengan awan tebal,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


Bagaimanapun, Mohd. Hisham berkata, orang ramai dinasihatkan terus berwaspada ekoran sistem cuaca tekanan rendah yang dijangka bermula hari ini.

Katanya, sistem tersebut boleh menyebabkan intesiti hujan berterusan menjadi lebih tinggi.

“Dijangka esok (hari ini) sistem cuaca itu akan mula terbentuk sehingga 4 Disember. Justeru, hujan diramalkan turun lebih lebat berbanding kebiasaannya,” ujarnya.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori