Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Pindaan Akta Dadah Berbahaya...

KUALA LUMPUR - Rang Undang-undang Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2014 dibentangkan untuk bacaan...

PM Lancar Azalea Gabungan...

BERSEMANGAT... Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rangkaian sahabat puteri Barisan Nasional (BN)...

Peguam Cuti Sakit, Bicara...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais...

Rakyat Teruja Saksi ‘Live’...

MERAFAK sembah ucapan ribuan tahniah buat puteri tunggal Sultan Johor, Tunku Puteri Johor...

Syarikat Lori Tular Kemalangan, Beri Kerjasama Penuh Siasatan

PETALING JAYA – UAC Berhad (UAC) memberi kerjasama penuh terhadap siasatan pihak berkuasa susulan kemalangan melibatkan sebuah lori milik syarikat tersebut yang tular di media sosial pada masa ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

UAC dalam kenyataan memaklumkan, kejadian tersebut berlaku pada 29 Oktober lalu, manakala video dan gambar mengenainya tersebar sejak 11 Disember lalu.

“Kami sedang berhubung dengan keluarga yang terkesan susulan kemalangan tersebut selain memberikan kerjasama penuh kepada siasatan pihak berkuasa sekali gus memberi sokongan terhadap undang-undang.

“Dalam masa sama, kami juga sedang menjalankan semakan dalaman ke atas kemalangan dahsyat ini, malah ia adalah kes luar biasa dalam sejarah 60 tahun penubuhan syarikat ini,” ujarnya.

Sehubungan itu, UAC memberi jaminan, pihaknya sedang menilai dan akan mengetatkan lagi garis panduan serta prosedur operasi selain mengambil sebarang cadangan daripada pihak berkuasa dalam memastikan kejadian sedemikian tidak berulang kembali.


Semalam, Kosmo! Online melaporkan kisah sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbalik selepas terlibat kemalangan di laluan Gerik-Jeli sehingga meragut nyawa bayi dalam kandungan serta si isteri cedera parah.

Insiden itu turut mendapat perhatian Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook biarpun hantaran kisah tersebut yang dimuat naik oleh Ka Cheng Saw dipadam oleh Facebook

Anthony telah mengarahkan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk segera mengambil tindakan terhadap pemandu syarikat terlibat.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori