Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Perkhidmatan Noor Rashid Disambung...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tempoh perkhidmatan Tan Sri...

Harga Telur Turun Cetus...

SHAH ALAM - Tindakan kerajaan menurunkan harga telur ayam tiga sen sebiji bagi...

Bekas Pegawai Kanan BNS...

PUTRAJAYA: Seorang bekas pegawai kanan di syarikat pembuat kapal, Boustead Naval Shipyard Sdn...

Akim Ahmad Tubuh Kumpulan...

Penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia (AF), Akim Ahmad menyatakan dia kini akan...

Taman Tema Air Bertam Ditutup Kerana Tiada Lesen

KEPALA BATAS : Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah mengarahkan Taman Tema Air Bertam Resort & Water Park di Kepala Batas, di sini yang dibangunkan dengan kos RM90 juta diarah ditutup sejak kelmarin kerana beroperasi tanpa lesen.

Ikuti Mynewshub: Telegram

MBSP dalam kenyataan memaklumkan taman tema itu yang baru dibuka pada 15 Disember lalu telah dikeluarkan notis supaya pihak pengurusan menghentikan aktiviti hiburan taman tema air di bawah Enakmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1998.

“Menerusi pemeriksaan dan semakan yang dijalankan Jabatan Pelesenan MBSP pada jam 1.30 tengah hari, 16 Disember lalu mendapati premis tersebut telah melakukan kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen dari MBSP dan kompaun dikeluarkan serta satu notis mengkehendaki perniagaan dihentikan juga dikeluarkan dalam tempoh tujuh hari kepada pemilik dan ia diterima oleh wakil pemilik.

“Enam hari kemudian, satu lagi pemeriksaan dijalankan dan hasil semakan mendapati premis beroperasi tanpa lesen hiburan bagi aktiviti taman tema air yang satu notis kesalahan bagi menghentikan aktiviti hiburan taman tema air di bawah Enakmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1998 telah dikeluarkan bagi tempoh tiga hari kepada pemilik,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan pemeriksaan pada 4.30 petang Selasa mendapati pemilik masih menjalankan aktiviti hiburan taman tema air dan menyebabkan tindakan penutupan sekali lagi diambil pada 9.40 pagi kelmarin.

Sementara itu, tinjauan BERNAMA mendapati jalan masuk ke taman tema air tersebut ditutup dan ia dijaga oleh pengawal keselamatan yang memaklumkan tempat itu ditutup kepada orang ramai untuk sementara waktu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo ketika dihubungi memaklumkan pihaknya menyerahkan kepada MBSP untuk menjalankan siasatan lanjut.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 58 saat pengunjung berkumpul di hadapan pintu masuk taman tema itu dan turut kelihatan beberapa penguat kuasa MBSP sedang menampal notis penutupan di premis berkenaan.


Taman tema yang bernilai kira-kira RM90 juta itu mulai beroperasi pertengahan bulan ini atas tanah seluas lebih lapan hektar milik The Maritime Water Front Suites Sdn Bhd.

Sebelum ini, projek terbabit dilaporkan tertangguh sejak lebih tiga tahun lepas akibat beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan termasuk COVID-19.

Pada 16 November lalu, Pengarah Urusan Anas Construction Sdn Bhd, Datuk Mohamed Iqbal S Habeeb Noohu ketika memberi taklimat kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, menjelaskan projek RM90 juta itu akan menjadi satu daripada tarikan utama di Kepala Batas sekali gus menjana kesan limpahan ekonomi tempatan apabila siap kelak.

Ketika taklimat kepada menteri kerajaan sementara itu, syarikat itu memaklumkan projek taman tema ketika itu siap 98 peratus siap dan akan dibuka kepada pelawat pada pertengahan Disember ini.

“Kami menjangkakan taman tema itu menerima kira-kira 200,000 pengunjung setahun.

“Mengenai resort pula, ia dijangka siap pada suku pertama tahun depan,” katanya kepada media.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori