Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Giliran Presiden PAS Kena...

KUALA LUMPUR - DAP memperingatkan orang ramai khususnya umat Islam Malaysia bahawa Presiden...

Foto: Bomba Berjaya Tangkap...

ATAS tindakan pantas pasukan Bomba dan Penyelamat, seekor buaya dianggarkan berukuran sembilan kaki...

Pramugari MAB Menangis Dipaksa...

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin...

Maut Selepas Makan Di...

VALENCIA - Seorang wanita dilaporkan maut manakala 28 yang lain jatuh sakit setelah...

Tambah Peruntukan Lebih Besar Kepada TEKUN Nasional

PUTRAJAYA : Pejuang Muda Putrajaya menggesa Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedict supaya mencadangkan peruntukan lebih besar kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional menerusi Bajet 2023 yang akan dibentangkan semula tahun hadapan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Penyelaras Pejuang Muda Putrajaya, Muhammad Zulhilmi Mohd. She Fee berkata, langkah itu penting bagi memastikan usahawan dan peniaga kecil dan sederhana dapat bertahan dan mampu membuat persediaan rapi bagi menghadapi situasi ekonomi tahun hadapan yang diramal mencabar.

“Dalam Bajet 2023, kami dapati terdapat pengurangan peruntukan yang bakal disalurkan kepada usahawan-usahawan terutamanya golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui agensi TEKUN.

“Walhal, agensi tersebut menjadi tempat berpaut bagi rata-rata usahawan PKS yang teruk terkesan semenjak wabak Covid-19 melanda pada 2020,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Zulhilmi berkata, berdasarkan inti pati Bajet 2023, hanya sejumlah RM325 juta bakal diperuntukkan kepada agensi tersebut bagi tahun 2023 berbanding RM425 juta pada 2022.


“Pada tahun lalu, sejumlah RM425 juta diperuntukkan kepada agensi tersebut bagi membantu para usahawan mendapatkan pembiayaan perniagaan mereka.

“Difahamkan peruntukan sebanyak RM200 juta bagi Skim Pinjaman Informal dan Mikro (SPIM) habis disalurkan seawal suku pertama tahun lalu sehingga memaksa diberi peruntukan tambahan RM100 juta oleh Perdana Menteri pada Jun 2022.

“Ini menunjukkan bahawa masih ramai usahawan dari golongan PKS amat mengharapkan bantuan tersebut untuk memastikan perniagaan mereka dapat terus dijalankan,” ujarnya.

-Utusan Online

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori