HULU SELANGOR – Pengusaha tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali-Genting Highland, di sini, diarahkan untuk hadir memberi keterangan kepada pihak polis.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Arahan tersebut dikeluarkan polis dipercayai susulan tapak perkhemahan yang mengorbankan 23 mangsa setakat ini beroperasi tanpa lesen.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Suffian Abdullah berkata, pengusaha tapak perkhemahan itu akan dipanggil beri keterangan pada hari ini.
“Hari ini kita akan panggil pengusaha tapak perkhemahan tersebut dan perkara itu masih di dalam tindakan kita,” katanya ketika ditemui pemberita.
-Kosmo Online
Your point of view caught my eye and was very interesting. Thanks. I have a question for you.