HULU SELANGOR: Polis merakam keterangan pengusaha dan dua pekerja tapak perkhemahan Father’s Organic Farm bagi membantu siasatan berhubung kejadian runtuhan tanah di Jalan Batang Kali-Genting Highland dekat sini.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, pengusaha yang berbangsa Cina dan berumur lingkungan 50-an itu dipanggil ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, petang semalam untuk membantu siasatan.
“Selain pemilik itu, dua lagi pekerja lingkungan umur 20 dan 30-an juga turut dipanggil serta soal siasat masih lagi diteruskan sehingga ke hari ini,” katanya kepada pemberita.
Sebelum ini, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berkata, syarikat tersebut didapati tidak mempunyai lesen beroperasi sebagai tapak perkhemahan daripada Majlis Pembandaran Hulu Selangor (MPHS).
Sehingga kini, usaha pencarian dan menyelamatkan 9 orang lagi mangsa yang masih belum ditemui telah diteruskan sejak pukul 8.30 pagi tadi.
UtusanOnline-