Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

GAMBAR : Peti Ais...

Laman Facebook Oh Media, hari ini memaparkan gambar sebuah peti ais yang isi...

400 Kereta Klasik Di...

KOTA BHARU - Sebanyak 400 kereta klasik dan retro dihimpunkan pada Karnival Kereta-Kereta...

Tamadun Sungai Batu Lambang...

ALOR SETAR - Usaha mengkaji dan memelihara khazanah negara di Tapak Arkeologi Sungai...

Jerebu: Tangguhkan Semua Majlis...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan menggesa semua majlis atau aktiviti luar bangunan di...

Tanah Runtuh: Tapak Perkhemahan Beroperasi Secara Haram Sejak 2020

BATANG KALI : Tiga tapak perkhemahan yang terbabit dalam kejadian runtuhan cerun di Jalan Batang Kali-Goh Tong dikenal pasti beroperasi secara haram sejak 2020, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata, ketiga-tiga tapak berkenaan sebaliknya hanya memiliki Kebenaran Merancang untuk aktiviti pertanian organik yang diluluskan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) pada 2019.

Sehubungan itu, katanya, pengusaha tapak perkhemahan berkenaan dikenal pasti melanggar peruntukan di bawah Akta Jalan Saliran dan Bangunan 1974 (Akta 133) yang memperuntukkan hukuman penjara selama tiga tahun atau denda maksimum RM50,000.

“Kerajaan akan ambil tindakan tegas (ke atas pengusaha). Kedaulatan undang-undang adalah Rukun Negara kita, tiada siapa yang boleh melangkaui undang-undang.


“Malah, tindakan ini bukan hanya tertakluk kepada pengusaha tapak ini, sebaliknya akan diperluas ke seluruh negara. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) boleh mengeluarkan kompaun manakala Pejabat Peguam Negara (AGC) akan membuat pertuduhan di mahkamah.

“(Semua pengusaha tapak perkhemahan tidak berlesen diminta) hentikan operasi masing-masing, segera mohon lesen sebelum tindakan diambil,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori