Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

M’sia, Indonesia Digesa Bekerjasama...

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Indonesia perlu bekerjama untuk meningkatkan penggunaan minyak sawit...

Pulang Dalam Koma Selepas...

WASHINGTON – Penuntut Amerika Syarikat (AS) yang ditahan di Korea Utara atas tuduhan...

PSG Risau Lawan Liverpool...

PARIS - Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar dan Kylian Mbappe kesuntukan masa untuk...

Gas Sarin Dikesan Di...

SAN FRANCISCO – Gas beracun, gas sarin dikesan di sebuah fasiliti mel di...

Tanah Runtuh: Waris Tuntut Mayat Adik Huang Shaoqi

SUNGAI BULOH – Mayat Huang Shaoqi, kanak-kanak lelaki yang juga mangsa terakhir kejadian tanah runtuh dituntut oleh ahli keluarganya di Hospital Sungai Buloh (HSB) di sini sebentar tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ahli keluarga kanak-kanak berusia 11 tahun itu tiba pada pukul 11 pagi tadi untuk menuntut mayat mangsa.

Mayat mangsa ke-31 tragedi tanah runtuh itu dibawa keluar dari Jabatan Forensik HSB pada pukul 12 tengah hari.

Huang Shaoqi yang merupakan mangsa terakhir kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 4.50 petang.


Mayat Huang Shaoqi ditemui di dalam beg tidur pada kedalaman tanah 1.5 meter di Sektor A, sejauh empat meter dari kawasan perkhemahan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan operasi SAR ditamatkan sepenuhnya tepat pukul 12 tengah hari, hari ini.

Seramai 31 orang terdiri daripada enam lelaki dewasa, 14 wanita, tujuh kanak-kanak lelaki serta empat kanak-kanak perempuan terkorban dalam tragedi tanah runtuh berkenaan.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori