Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Johan, Ozlynn Kongsi Keletah...

JIKA sebelum ini pelawak dan penyampai radio Era FM, Johan sering kali didakwa...

Abdullah Fahmi, Suhailah Dinobat...

PUTRAJAYA – Qari Kelantan, Abdullah Fahmi Che Nor @ Shukri dan qariah Melaka,...

“Tak Tahu Kenapa Lama...

JOSE Mourinho mengakui beliau tidak tahu mengapa perpindahan Alexis Sanchez dari Arsenal ke...

Kastam Buat Operasi, Sabotaj...

SEJAK kebelakangan ini, banyak pula kes melibatkan penguatkuasa awam yang diluahkan oleh netizen...

Tanding Presiden UMNO: Khairy Hanya Jawab ‘Let’s See’

PUTRAJAYA : “Let’s see (tengok nanti),” kata bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin ketika ditanya wartawan sama ada beliau akan meneruskan hasrat untuk bertanding merebut jawatan Presiden UMNO pada pemilihan akan datang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sejurus ditanya soalan itu, Khairy terlebih dahulu menyambut soalan itu dengan gelak ketawa sebelum menjawab ‘let’s see’ (tengok nanti) dan tidak mengulas lanjut mengenainya.

Ketika berucap pada pentas ceramah pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu, Khairy yang juga calon Barisan Nasional (BN) Sungai Buloh pernah menyatakan hasrat secara terbuka untuk memimpin UMNO suatu hari nanti.

Dalam ucapan itu, Khairy menyatakan beliau berhasrat untuk memimpin UMNO serta mahu menjadi Perdana Menteri dan kemudian akan membangunkan negara.


Ia bukan kali pertama Khairy menyatakan dengan jelas untuk menjawat jawatan tertinggi UMNO itu malah beliau pernah bertanding merebut jawatan itu pada pemilihan parti pada 2018 ketika bergelar Ketua Pemuda UMNO.

Ketika itu, perebutan jawatan presiden membabitkan pemangku Presiden ketika itu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid dan veteran parti Tengku Razaleigh Hamzah.

Pada pemilihan itu, Ahmad Zahid menang dengan 93 undi meninggalkan Khairy jauh dibelakang dengan 51 undi dan Tengku Razaleigh Hamzah (23 undi).

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori