Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Malaysia, Singapura Sepakat Terus...

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Singapura akan terus perbincangan dan mencapai persetujuan bagi...

JDT Rombak Pemain Mahu...

JOHOR BAHRU - Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) akan membuat rombakan pemain secara...

Liga Juara-Juara Eropah Catat...

LONDON - Bayern Munich, Chelsea dan Shakhtar Donetsk berpesta gol ketika Liga Juara-Juara...

Misteri.. Budak Tiga Tahun...

PELIK bin ajaib. Itu yang berlaku kepada seorang kanak-kanak di Indonesia apabila tiba-tiba...

Tapak Perkhemahan Di Selangor Tiada Diarah Tutup Operasi

SHAH ALAM: Kerajaan negeri tidak mengeluarkan sebarang arahan penutupan operasi di tapak-tapak perkhemahan di Selangor, setakat ini, susulan tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali pada 16 Disember lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata kerajaan negeri tidak perlu membuat keputusan yang panik dan tergesa-gesa, namun pihaknya sedang menggariskan beberapa panduan di tapak perkhemahan di Selangor.

“Kita akan mengambil dan meneliti langkah berkaitan kerana sebelum ini memang mereka tidak memerlukan sebarang pelesenan, justeru kita perlu semak balik.

“Bukan hingga ke tahap itu (tutup tapak perkhemahan). Sudah pasti kejadian berlaku itu (tragedi) amat menggemparkan.

“Kita perlu bertindak dan melihat secara menyeluruh. Kita tidak boleh membuat satu keputusan yang panik dan tergesa-gesa sebab ia bukan berlaku setiap tahun, maknanya berlaku sekali-sekala, oleh sebab itu saya memerlukan laporan,” katanya kepada pemberita selepas majlis ‘Capacity Building’ Gerak Gempur SPM 2022, di sini, hari ini.

Amirudin berkata, pihaknya masih menunggu laporan penuh daripada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) mengenai insiden terbabit.

Namun, beliau berkata, laporan awal diperoleh daripada JMG serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyatakan kejadian itu adalah disebabkan pergerakan air dalam tanah dari kawasan tebing tinggi ke bawah.


“Kerja-kerja tanah memang tidak ada apa-apa aktiviti kecuali di bawah. Di bawah itu pun adalah tanah hak milik persendirian serta jauh dari cerun terbabit, dan runtuhan berlaku akibat aliran dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, pemilik tapak perkhemahan Sea of Cloud, K P Chong berkata bagi menjaga keselamatan pengunjung, pihaknya sentiasa melakukan pemantauan di sekitar kawasan miliknya yang terletak di Hulu Langat.

“Kita selalu melakukan pemeriksaan keadaan tanah di kawasan ini. Ketika musim hujan, kita tidak membuka tapak perkhemahan ini kepada orang luar sebagai langkah keselamatan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Chong berkata, Sea of Cloud yang juga sebuah dusun durian, hanya menerima kira-kira 40 hingga 50 pelanggan pada satu-satu masa.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya masih menutup operasi tapak perkhemahan itu sebagai langkah berjaga-jaga hingga keadaan cuaca kembali baik, susulan tragedi di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm.

Tragedi tanah runtuh kira-kira jam 2.30 pagi di tapak perkhemahan berkenaan membabitkan 92 mangsa, dengan 61 daripada mereka terselamat dan 31 lagi terkorban.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori