Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Hormati Agama Lain Untuk...

MELAKA - Seluruh rakyat Malaysia perlu menghormati agama orang lain untuk memastikan agama...

Boikot Starbucks Sebab Pro-Israel...

ALASAN untuk boikot Starbucks hanya kerana jenama kafe kopi popular antarabangsa itu dimiliki...

Malaysia Tak Jadi Saman...

BRUSSELS - Malaysia tidak lagi bercadang untuk memfailkan saman terhadap sekatan Kesatuan Eropah...

Orang Asli Batek Disahkan...

PUTRAJAYA - Sebanyak 37 daripada 112 pesakit Orang Asli Suku Batek di Kampung...

Tembak Dua Lelaki, Tunjuk Perasaan Meletus Di Srinagar

SRINAGAR: Beratus-ratus penunjuk perasaan menyekat lebuh raya utama yang melalui wilayah sempadan India Jammu dan Kashmir hari ini, sebagai protes terhadap pembunuhan dua lelaki yang bekerja sebagai buruh di pangkalan tentera India.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Seorang penduduk berkata, lelaki itu ditembak mati awal hari ini oleh pengawal tentera di pintu masuk pangkalan di Rajouri, 150 kilometer (km) ke selatan ibu kota Kashmir, Srinagar.

Tentera India bagaimanapun berkata, dua lelaki itu dibunuh oleh militan di luar hospital tentera di Rajouri.

Pegawai polis yang enggan dikenali berkata, penunjuk perasaan membakar tayar dan membaling batu ke arah pangkalan tentera beberapa jam selepas tembakan.


Seorang lagi lelaki turut cedera dalam kejadian itu.

Wilayah Himalaya yang kebanyakannya beragama Islam dituntut sepenuhnya oleh India serta Pakistan, walaupun kedua-dua negara jiran bersenjata nuklear itu sudah menguasai sebahagian wilayah itu.

Pada 2019, kerajaan Perdana Menteri India, Narendra Modi membahagikan negeri Jammu dan Kashmir (J&K) kepada dua wilayah yang ditadbir secara persekutuan, keputusan yang tidak popular meningkatkan keganasan secara meluas di wilayah itu.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori