Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Video: Budak Ludah Penumpang...

AKSI seorang kanak-kanak berkelakuan kurang sopan dengan meludah dua penumpang wanita dalam sebuah bas...

Bajet 2015: Pelan Tindakan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menyediakan Pelan Tindakan Air Kebangsaan bagi memastikan kelangsungan...

Jadikan Kapit Bandar Pejalan...

KAPIT – Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr James Jemut Masing hari...

Lawat Singgah Pasar Seni...

KUALA LUMPUR – Biarpun teruk dikritik pelbagai pemimpin kerajaan dan parti pemerintah, Tun Dr....

Tender Projek Tebatan Banjir Serah Pada Persekutuan

SHAH ALAM : Semua tender projek tebatan banjir yang akan dilaksanakan dalam negeri ini akan diuruskan oleh Kerajaan Persekutuan selepas Kementerian Kewangan dilapor membuat keputusan sedemikian.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keputusan itu dibuat memandangkan pelaksanaan dan pengurusan kos akan dilaksanakan kementerian tersebut yang akan mengeluarkan peruntukan berkaitan.

“Kementerian Kewangan memaklumkan projek tersebut akan dianugerahkan (kepada pihak berkaitan) pada bulan Januari tahun hadapan.

“Namun, kontraktor pelaksana harus melalui proses (yang ditetapkan Kerajaan Persekutuan),” katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE), hari ini.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan semua projek tebatan banjir yang dirancang Kerajaan Persekutuan sebelum ini, termasuk di Selangor tetap diteruskan.


Justeru, Naib Presiden PKR itu berharap projek itu dapat dibuat mengikut perancangan yang telah ditetapkan sebelum ini.

“Kalau ikut perancangan terdahulu, peruntukan projek kepada Selangor bernilai RM4.6 bilion. Saya tak pasti sama ada peruntukan kepada Selangor dipotong atau tidak, selepas Perdana Menteri ambil keputusan untuk semak semula projek itu,” ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Amirudin akan bertemu dengan Kementerian Kewangan berhubung status projek tebatan banjir yang akan dibina di Selangor.

Beliau berbuat demikian selepas Anwar memutuskan untuk membekukan sementara projek berkenaan, kerana mahu meneliti semula kelulusan yang diberikan dalam projek itu.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori