Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Jamal Hilang Disebabkan Masalah...

KUALA LUMPUR - Isu Datuk Seri Jamal Md Yunus yang dilaporkan menghilangkan diri...

Zahid Ziarah Rakan Karib...

BAGAN DATUK - Seperti tahun-tahun sudah, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad...

Peguam Negara Menghadap Yang...

KUALA LUMPUR - Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun menghadap Yang di-Pertuan Agong,...

TERKINI: 5,788 Mangsa Banjir...

KUALA LUMPUR: Seramai 5,788 mangsa banjir membabitkan 1,747 keluarga masih ditempatkan di pusat...

Tiada Kejadian Ban Pecah Di Tanjong Karang

Tanjong Karang : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan tiada kejadian ban pecah di Pantai Sungai Kajang, di sini, seperti yang tular di media sosial semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarah JBPM Selangor Norazam Khamis berkata, sebaliknya hanya berlaku hakisan pada ban terbabit.

“Ada berlaku (kejadian) tetapi hanya hakisan. Tidak membabitkan pecahan (ban),” katanya ringkas ketika dihubungi, hari ini.

Norazam berkata, susulan itu, sepasukan empat anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang digerakkan ke tempat kejadian.

“Walaupun keadaan di sekitar lokasi berkenaan terkawal, bomba bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk banjir,” katanya.


Terdahulu, tular di laman Facebook dua video memaparkan situasi ombak kuat menyebabkan air laut melimpah di ban Pantai Sungai Kajang.

Untuk rekod, di Tanjong Karang, dua ban dilaporkan pecah bulan lalu beberapa kawasan di sekitar Kampung Baru Lembah Pantai dan Kampung Ban RB, Sungai Sireh dinaiki air.

Keadaan itu mengakibatkan 111 mangsa dipindahkan di dua pusat pemindahan sementara.

Oktober lalu berlaku kejadian sama di pekan ini dan Jalan Masjid Baroh menyebabkan berlaku limpahan air naik ke jalan raya dan kawasan berhampiran.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori