Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Bayar RM600 Untuk Pelamin...

SEORANG wanita meluahkan kekecewaannya di media sosial berikutan rasa tertipu dengan pihak pembekal...

Banyak Bekalan Gagal Sampai...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa meminta kerajaan Pusat...

Harga RON97, RON95 Kekal,...

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing kekal pada RM1.90...

Shabery Cheek Sepatutnya Naik...

KUCHING - Helikopter yang membawa seorang timbalan menteri yang hilang sejak semalam sepatutnya...

Tiada Rancangan Semak Semula Sosma – Saifuddin

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya tidak berhasrat untuk menyemak semula Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketika ditanya sama ada dia akan menyemak semula undang-undang berkenaan, Saifuddin mempertahankan Sosma sebagai akta yang membenarkan proses perbicaraan di mahkamah berlaku, tidak seperti akta lain seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat.

“Selalunya orang membandingkan Sosma dengan undang-undang pencegahan lain, walaupun Sosma bukan peruntukan pencegahan.

“Sebagai contoh, berbanding ISA atau Ordinan Darurat (di mana seseorang boleh ditahan) sehingga 60 hari, Sosma ialah 28 hari.


“Pada penghujung hari ke-28, hanya ada dua syor iaitu membebaskan mereka atau mendakwa di mahkamah. Jika mereka dibawa ke mahkamah, mereka masih boleh mendapatkan khidmat peguam,” jelas Saifuddin dalam sidang media di Bukit Aman hari ini.

Saifuddin membuat lawatan rasmi pertamanya ke ibu pejabat polis hari ini, di mana dia dan timbalannya, Shamsul Anuar Nasarah menerima taklimat daripada ketua polis negara.

-Malaysia Kini

  • Lagi berita berkaitan:
  • SOSMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori