Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Malaysia Belasah Oman Pada...

KUALA LUMPUR – Malaysia menamatkan aksi pusingan awal Kejohanan Hoki Piala Asia 2017...

Israel Tingkatkan Kawalan Sempena...

BAITULMAQDIS - Israel meningkatkan kawalan keselamatan dan melarang penduduk Palestin memasuki wilayah itu...

Kajian Pedofilia: Ahli Akademik,...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan telah mengenal pasti ahli akademik dan profesional untuk...

Hanya Peminat Aktiviti Tak...

KUALA LUMPUR - Hanya mereka yang berminat melakukan kegiatan tidak bermoral menentang usaha...

Tidak Adil Untuk Dakwa Shahrir – Pegawai Penyiasat

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi, hari ini diberitahu, Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas, tetap mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa Tan Sri Shahrir Ab Samad atas tuduhan pengubahan wang haram walaupun kertas siasatan tidak lengkap.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu didakwa pada 21 Januari 2020 atas dakwaan gagal mengisytiharkan RM1 juta diterima daripada Datuk Seri Najib Razak melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 November 2013, kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Dalam perbicaraan kes itu hari ini, Penolong Penguasa SPRM, Nurzahidah Yacop, yang juga pegawai penyiasat kes berkata, beliau menerima kertas siasatan daripada timbalan pendakwa raya, yang mana izin mendakwa diberikan oleh Thomas pada 15 Januari 2020.

Peguam bela, Datuk Syed Faisal Al-Edros Syed Abdullah Al-Edros, sehubungan itu mencadangkan bahawa Thomas tetap mengarahkan pendakwaan diteruskan, dalam keadaan kertas siasatan yang belum lengkap dan cadangan berkenaan dipersetujui oleh Nurzahidah.

Syed Faisal: Puan, selaku pegawai penyiasat SPRM, mengambil tugas ini dengan penuh kejujuran dan tahu siasatan puan belum lengkap sepenuhnya, namun puan menerima arahan untuk menuduh dan mendapat izin daripada Thomas untuk buat pendakwaan?

Nurzahidah: Ya.

Syed Faisal: Di lubuk hati puan, puan tahu siasatan belum lengkap sepenuhnya, saya cadangkan tuduhan yang dilemparkan terhadap anak guam saya adalah berasaskan kepada satu kertas siasatan yang belum lengkap sepenuhnya?

Nurzahidah: Ya.

Nurzahidah turut bersetuju bahawa beliau tidak pernah menyiasat wang RM1 juta daripada Najib adalah bagi menggantikan wang pencen walaupun ia ditegaskan Shahril sebanyak lapan kali ketika disoal siasat pada 2019.

Menjelaskan persoalan itu, saksi berkata, beliau ada memberikan nasihat kepada pegawai atasannya berhubung siasatan melalui sudut ganti balik, bagaimanapun tiada arahan lanjut yang diberikan.

Nurzahidah turut bersetuju dengan peguam bela, bahawa Shahrir membelanjakan melebihi RM2.6 juta melalui transaksi dalam buku akaun banknya sebelum menerima wang berjumlah RM1 juta daripada Najib.


Syed Faisal: Adakah adil bagi puan tidak siasat daripada sudut ini?

Nurzahidah: Tidak adil tetapi dokumen ini (penyata bank) tidak pernah diberi kepada saya. Siasatan saya hanya selepas tarikh penerimaan wang RM1 juta pada 28 November 2013.

Syed Faisal: Anak guam saya berkali-kali tegaskan perkara itu tetapi pegawai atasan tidak bagi arahan untuk siasat, puan rasa musykil atau tidak?

Nurzahidah: Ada.

Syed Faisal: Oleh kerana puan kata ia adalah sudut siasatan yang penting (penerimaan RM1 juta), puan mahu buat siasatan sendiri tetapi takut untuk langgar arahan?

Nurzahidah: Ya.

Bagaimanapun, saksi itu menafikan cadangan bahawa beliau gagal menjalankan tugas untuk memastikan RM2.6 juta diterima Shahrir itu adalah bagi perbelanjaan politik sebelum digantikan dengan RM1 juta oleh Najib.

Semalam, Nurzahidah ketika disoal balas, menyatakan bahawa Shahrir memberitahunya ketika disoal siasat, wang diterima veteran UMNO itu adalah bagi menggantikan wang pencennya yang digunakan bagi kerja kegiatan politik di kawasan Parlimen Johor Bahru.

Saksi itu berkata, Shahrir turut memberitahunya yang dia memohon secara lisan kepada Najib supaya wang itu digantikan ketika berjumpa Perdana Menteri ketika itu di Pejabat Perdana Menteri (PMO), Putrajaya, pada 2013.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin bersambung 5 Januari depan.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori