Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Misi Sukar Zaqhwan Zaidi...

PELUMBA SuperSports 600cc negara, Mohd Zaqhwan Zaidi mengakui berasa sedikit tertekan menghadapi pusingan...

Sharifah Haslinda, Reezal Merican...

PELAKON Sharifah Haslinda yang juga merupakan kakak kepada Sharifah Sakinah dilaporkan bakal bercerai...

FGV Lantik Salmiah &...

KUALA LUMPUR – Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) melantik Datuk Dr Salmiah...

Bas Perantara MRT Laksana...

RAPID Bus Sdn. Bhd., pengendali perkhidmatan bas Rapid KL, akan melaksanakan sistem pembayaran...

Tidak Patuhi Etika Pakaian, Taliban Sekat Pekerja Wanita Sertai NGO

KABUL : Taliban mengarahkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan asing menggantung perkhidmatan pekerja wanita dalam tindakan keras terbaharu terhadap kebebasan golongan itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam satu surat disahkan jurucakap Kementerian Ekonomi, Abdulrahman Habib, pekerja wanita tidak dibenarkan bekerja sehingga diberitahu kelak, disebabkan ada yang tidak mematuhi tafsiran pentadbiran mengenai kod pakaian Islam untuk wanita.

Arahan itu dikeluarkan beberapa hari selepas pentadbiran yang dikendalikan Taliban mengarahkan universiti untuk menolak pelajar wanita, sekali gus mengakibatkan kecaman global yang kuat dan mencetuskan beberapa protes dan kritikan hebat di Afghanistan.

Ramiz Alakbarov, timbalan wakil khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk Afghanistan yang juga penyelaras kemanusiaan, berkata, beliau sangat bimbang dengan arahan surat itu, yang dilihat sebagai pelanggaran jelas prinsip kemanusiaan.

Agensi Charge D’Affaires for Norway, yang membiayai bantuan di Afghanistan dan terbabit dalam rundingan antara Taliban dan anggota masyarakat sivil pada Januari lalu turut mengecam tindakan itu.

“Larangan terhadap pekerja wanita dalam NGO mesti dibatalkan serta-merta.


“Selain menjadi tamparan kepada hak wanita, langkah ini akan memburukkan lagi krisis kemanusiaan dan meletakkan rakyat Afghanistan di tahap paling terdedah,” kata Paul Klouman Bekken di Twitter.

Bagaimanapun, setakat ini masih tidak jelas bagaimana perintah itu akan menjejaskan agensi PBB, yang mempunyai bilangan kakitangan yang besar di Afghanistan untuk menyampaikan perkhidmatan di tengah-tengah krisis kemanusiaan di negara itu.

Ketika ditanya sama ada agensi PBB termasuk dalam peraturan itu, Habib berkata, surat itu digunakan untuk organisasi di bawah badan penyelaras Afghanistan bagi organisasi kemanusiaan yang dikenali sebagai ACBAR.

Badan itu tidak termasuk PBB tetapi ia membabitkan lebih 180 NGO tempatan dan antarabangsa.

PBB sering bekerjasama dengan NGO yang berdaftar di Afghanistan untuk menjalankan kerja kemanusiaan.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori