Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lukaku, Rakan Pasukan Gaduh...

ROMELU Lukaku dilaporkan bergaduh dengan rakan pasukan di bilik persalinan selepas tewas 0-1...

Ahli Parlimen Dapat RM300,000...

KUALA LUMPUR - Sejumlah RM300,000 diperuntukkan kepada setiap Ahli Parlimen termasuk pembangkang untuk...

Riyadh Perlu Bertanggungjawab –...

LONDON - Tunang kolumnis akhbar Washington Post, Jamal Khashoggi mendesak Arab Saudi mendedahkan...

Purata 18,000 Remaja Di...

PUTRAJAYA - Purata 18,000 remaja di Malaysia hamil setiap tahun dan mendapatkan rawatan...

Tindakan 4 Ahli Parlimen Umum Keluar BERSATU Tak Jejas Kerusi Parlimen

KUALA LUMPUR : Tindakan pemimpin BERSATU Sabah mengumumkan keluar parti pada Sabtu lalu termasuk empat Ahli Parlimen yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak membawa kesan kepada kerusi Parlimen terbabit.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, berkata apabila Parlimen dibubarkan, semua Ahli Parlimen atau bakal calon bebas memilih bertanding dengan mana-mana pihak.

“Mereka boleh menerima watikah pencalonan daripada mana-mana parti atau gabungan yang mereka mahu, cuma apabila mereka bertanding dengan gabungan selain gabungan parti yang mereka sertai, maka secara automatik keahlian mereka dalam parti itu gugur,” katanya.

Susulan itu, Mohd Redzuan berkata, dalam isu empat Ahli Parlimen BERSATU yang sedang hangat diperkatakan sekarang, perkara itu perlu dikaji semula maklumatnya.

“Kita perlu tahu adakah gugur keahlian mereka secara automatik apabila menerima watikah pencalonan daripada GRS dan jika benar, mengapa perlu mereka mengumumkan keluar BERSATU sedangkan mereka bukan lagi ahli parti,” katanya.

Mohd Redzuan berkata, aspek perlembagaan parti perlu diutamakan dan keputusan sama ada empat Ahli Parlimen itu masih ahli BERSATU atau bukan, tertakluk kepada perlembagaan dan lembaga disiplin parti.


“Setahu saya, jika mana-mana Ahli Parlimen termasuk saya sebagai contoh, jika menerima watikah pencalonan daripada gabungan selain gabungan disertai BERSATU, bermakna keahlian saya secara automatik gugur dan saya bukan lagi ahli BERSATU, namun itu tidak bermaksud saya lompat parti,” katanya.

Beliau berkata, sesiapa saja boleh bertanding dalam PRU15 di bawah naungan mana-mana gabungan parti atau parti individu, namun jika mereka ahli mana-mana parti politik, status keahlian dalam parti berkenaan perlu dirujuk mengikut perlembagaan parti masing-masing.

“Di BERSATU, jika menerima watikah pelantikan parti lawan, mereka dianggap bukan lagi ahli, tetapi tunggu lembaga disiplin atau pihak Ibu Pejabat BERSATU yang tentukan,” katanya.

Sementara itu, mengulas sama ada mereka mempunyai keahlian langsung individu dengan GRS atau tidak, Mohd Redzuan berkata, soal itu tidak timbul dan tidak memberi apa-apa kesan.

Beliau berkata, ini kerana, pada asasnya, mereka bertanding PRU15 dengan gabungan parti lain dan bukannya BERSATU atau Perikatan Nasional (PN).

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori