Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PRU-14: DUN Pahang Dibubarkan...

PEKAN - Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini mengumumkan pembubaran...

KPKT Siapkan Projek Perumahan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menyiapkan sebanyak...

Michael Jordan Kalah Saman...

BEIJING - Mahkamah Beijing, China menolak kes tanda dagangan membabitkan bintang bola keranjang...

Mahkamah Tolak Polis Tahan...

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan pihak polis...

TPM: Kementerian Pertahanan Diminta Kerah Trak ATM Ke T’ganu

Kementerian Pertahanan diminta memobilisasikan trak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membawa bekalan makanan dan keperluan asas ke Terengganu esok sebagai persediaan menghadapi gelombang kedua banjir di negeri berkenaan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah itu penting bagi memastikan bekalan makanan, barangan keperluan asas dan pengangkutan seperti bot adalah mencukupi.

“Kerajaan akan mengambil langkah-langkah kesiapsiagaan yang optimum di samping mengkoordinasi semua agensi dan badan kebajikan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan banjir di Kampung Bukit Mentok di Chukai hari ini.

Turut menyertai tinjauan timbalan perdana menteri adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal Datuk Seri Dr Ahmad Said, Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa dan Timbalan Ketua Pengarah Operasi JBPM Datuk Abdul Wahab Mat Yasin.

Ahmad Zahid berkata selain itu, koordinasi bersama Kementerian Kesihatan turut dilaksanakan bagi pemantauan penyakit semasa banjir dan pascabanjir.


Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Pusat berkata setiausaha kerajaan negeri dan pegawai daerah di lapan daerah di Terengganu telah diminta supaya mengingatkan penduduk agar segera berpindah apabila diminta berbuat demikian oleh pihak berkuasa.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata Kelab Putra Malaysia di bawah Biro Kebajikan Umno juga telah menghantar tiga treler yang membawa bantuan makanan bernilai RM180,000 ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kemaman hari ini.

“Kita libatkan Biro Kebajikan Umno kerana kita faham tentang masalah kekurangan kakitangan agensi kerajaan terutamanya Jabatan Kebajikan Masyarakat,” kata Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu hari ini memaklumkan jumlah mangsa banjir terus meningkat daripada 36,009 orang pada 12 tengah malam tadi kepada 36,231 orang pagi ini.

-Malaysia Kini

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori