Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Hari Wartawan: Najib Sertai...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menyertai lebih...

Kolej Swasta Sukarkan Polis...

KUALA LUMPUR - Kegagalan institusi pendidikan tinggi swasta mematuhi prosedur Perkhidmatan Global Pendidikan...

Zaman BN Tak Suruh...

REMBAU - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional...

Bekas Guru Berdepan Hukuman...

KOTA BHARU – Seorang bekas guru dari Thailand diarah membela diri atas tuduhan...

Tragedi 3 Maut Dalam Lubang Pembetung: Mangsa Dipercayai Terhidu Gas Ammonia

PUTRAJAYA: Tiga pekerja pemasangan kabel telekomunikasi yang maut dalam lubang pembetung kabel bawah tanah di Taman Sains Selangor 2, Cyberjaya, semalam, dipercayai terhidu gas beracun ammonia.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata seorang lagi pekerja di lokasi itu yang juga pengadu dalam kes berkenaan, memberitahu polis dia bersama tiga mangsa warga Indonesia itu mula bertugas jam 9 pagi.

“Kira-kira jam 3 petang berkenaan, empat pekerja terbabit mencari lubang pembentung kabel telekomunikasi yang tertimbus. Apabila jumpa lubang itu dan membukanya, pengadu mengarahkan tiga mangsa supaya tidak ambil apa-apa tindakan dan dia ke lori untuk mengambil barang.

“Selepas itu, pengadu mendakwa mendengar jeritan salah seorang mangsa bernama Adnani, menyatakan rakan bernama Febri dan Jufri terperangkap dalam lubang berkenaan.

“Pengadu turut menghalang Adnani daripada turun ke dalam lubang pembetung berkenaan, namun mangsa tetap berkeras untuk menyelamatkan kedua-dua rakannya dan kemudian turut terperangkap dalam lubangitu,” katanya.

Wan Kamarul Azran berkata, pengadu cuba menyelamatkan tiga mangsa menggunakan tali, namun tidak berdaya kerana turut terhidu gas lalu menghubungi talian kecemasan 999 untuk mendapatkan bantuan.


“Tidak lama kemudian, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), polis dan ambulans tiba di lokasi kejadian. Selain pengadu dan tiga mangsa yang maut, ada empat lagi pekerja warga tempatan terbabit dalam kerja-kerja di kawasan itu.

“Anggaran kedalaman lubang pembetung itu kira-kira empat meter dan terletak bersebelahan tangki kumbahan dengan jarak kira-kira dua meter,” katanya.

Katanya, ketiga-tiga mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan 11 anggota bomba, namun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai kesihatan dari Hospital Putrajaya sebelum mayat mereka dihantar ke Hospital Serdang.

Berdasarkan maklumat pada pasport ketiga-tiga mangsa, beliau berkata, masing-masing dikenal pasti dengan nama Adnani, Febri Putra Arsandi dan Jufri, semua berusia antara 30 hingga 42 tahun.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori