HULU SELANGOR: Tiga lagi mayat runtuhan tanah di tiga tapak perkhemahan di sini dipercayai dikesan pasukan penyelamat, setakat pukul 6.30 petang tadi.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Difahamkan, usaha-usaha membawa mangsa tersebut sedang giat dijalankan.
Perkembangan itu menyaksikan tragedi di Jalan Batang Kali-Genting Highland dekat sini mengorbankan seramai 22 orang dengan 11 lagi sedang dikesan.
Terdahulu, seramai 94 orang terlibat dalam runtuhan tanah di tiga tapak perkemahan milik sebuah syarikat di sini.
UtusanOnline-