Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bauksit: Kementerian Kesihatan Analisa...

KUALA LUMPUR - Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Pahang melakukan analisa...

COVID-19: Rawatan Paxlovid Diperluas...

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperluaskan penggunaan ubat antiviral Paxlovid ke fasiliti kesihatan...

122 Mangsa Banjir Di...

KUCHING - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di empat pusat pemindahan di bahagian...

Semakan Semula Elaun Penjawat...

KUALA LUMPUR - Tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkenaan...

Tragedi Batang Kali: SAR Dimulakan Dengan Laungan Azan

BATANG KALI – Laungan azan sekali lagi berkumandang di lokasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, di sini pada Jumaat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kementerian Pertahanan Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, pelbagai ikhtiar digunakan pasukan SAR bagi mencari seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak lelaki yang masih hilang.

“Tiada istilah putus asa. Pelbagai ikhtiar digunakan dalam usaha pencarian mangsa tanah runtuh Batang Kali yang memasuki hari kelapan.

“Anggota pasukan Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAJD) telah melaungkan azan sebelum gerak kerja disambung,” menurut kenyataan dimuat naik di Facebook pada Jumaat.

Pada Jumaat Sinar Harian melaporkan, operasi SAR diteruskan bermula jam 8 pagi selepas dihentikan sementara susulan hujan lebat pada petang Khamis.


Empat mayat terdiri daripada satu lelaki dewasa, satu perempuan dewasa serta dua kanak-kanak masing-masing lelaki dan perempuan dijumpai pada jam 11.04 pagi di sektor C (riverside), di sini pada Khamis.

Kesemua mangsa berkenaan ditemui dalam satu bungkusan khemah di kedalaman tujuh meter.

Penemuan terbaru itu bermakna hanya seorang mangsa tragedi tanah runtuh berkenaan yang masih belum ditemui pasukan SAR setakat ini.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori