Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Dua Kerja Perlu Untuk...

KUALA LUMPUR - Melakukan lebih satu kerja sudah memang menjadi trend bagi warga...

Duta Baru – Boikot...

Kempen boikot yang berterusan terhadap beberapa syarikat rantaian berkaitan Amerika Syarikat di Malaysia...

‘Pergilah Adik… Bermain Dengan...

GEORGETOWN : "Pergilah adik... bermain dengan abang di syurga."IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..Demikian...

Bila ‘Tag’ Lepas Geram...

MUNGKIN gambar yang tersebar di laman sosial ini boleh dijadikan pengajaran bagi penternak...

Tragedi Tanah Runtuh: Mayat Ke-17 Selesai Bedah Siasat

SUNGAI BULOH: Mayat ke-17 korban tragedi tanah runtuh tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Gohtong Jaya, Batang Kali, selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh (HSB), di sini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mayat berkenaan dibawa keluar pada jam 11.17 pagi tadi, menyusul selepas mayat ke-16 dibawa keluar jam 10.25 pagi.

Kedua-dua mayat itu kemudian dibawa menggunakan kenderaan milik Pusat Peringatan Nirvana untuk upacara keagamaan selanjutnya.

Difahamkan, baki tujuh mayat lagi masih dalam proses bedah siasat, termasuk menunggu tuntutan waris.


Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi turut hadir di jabatan itu kira-kira jam 10.50 pagi, difahamkan untuk bertemu keluarga mangsa dan mendapatkan data sebelum ke Batang Kali untuk melawat lokasi kejadian. Kenderaan membawa beliau dilihat meninggalkan kawasan jabatan berkenaan kira-kira jam 11.20 pagi.

Kesemua 24 mayat mangsa tragedi itu sudah dihantar ke Jabatan Forensik HSB, setakat semalam.

Petugas media yang menunggu di pekarangan jabatan itu bagaimanapun tidak dimaklumkan oleh pihak HSB mengenai sebarang maklumat terkini berhubung mayat mangsa dibawa ke hospital berkenaan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori