Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Harga Dedak Naik Lagi,...

ALOR SETAR : Bagaikan tiada kesudahan. Itulah yang terjadi apabila kenaikan harga dedak...

DBKL Lanjut Tempoh Diskaun...

KUALA LUMPUR - Pesalah trafik di sekitar ibu negara mempunyai tempoh hingga 30...

Maut Barah Ovari Sebab...

WASHINGTON DC - Syarikat produk kosmetik antarabangsa Johnson & Johnson atau J&J telah...

Al-Sisi Arah Buka Sempadan...

KAHERAH - Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi hari ini mengarahkan lintasan sempadan Rafah...

UMNO Sahkan Annuar Musa, Fatimah Dan Shamsiah Dipecat

PONTIAN – UMNO mengesahkan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, antara tiga pemimpin UMNO yang dipecat pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi ( MKT ) UMNO, malam tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, turut dipecat Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shamsiah Yassin yang juga isteri bekas Ketua UMNO Bahagian itu, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Katanya, seorang lagi yang dipecat ialah Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, Datin Seri Fatimah Kassim yang juga isteri penyandang kerusi Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abu Talib.

“Keanggotaan ketiga-tiga mereka tergugur secara automatik di bawah Fasal 20.11 dan Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Berkhatan Perdana di Mesjid Jamek Kampung Jawa Ulu, di sini, hari ini.

Tambah Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian, pemecatan mereka berkuatkuasa serta-merta dengan surat rasmi perlucutan keahlian akan dihantar, hari ini.


Hari ini, media yang memetik sumber melaporkan Annuar, Shamsiah dan Fatimah antara tiga pemimpin UMNO yang dipecat keahliannya selepa diputuskan MKT UMNO, malam tadi.

Shamsiah dan Fatimah bulan lalu dilaporkan digantung sementara seluruh jawatannya selepas didapati terlibat secara langsung atau tidak langsung menyokong calon parti lawan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sementara itu, Annuar sebelum ini dilihat lantang mengkritik kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, khususnya berkaitan usaha jajaran baharu antara Barisan Nasional (BN) serta Pakatan Harapan (PH).

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori