Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

6 Pejabat Imigresen Lanjut...

PUTRAJAYA : Jabatan Imigresen (Imigresen) melanjutkan waktu operasi enam pejabatnya hingga jam 10...

Geng Pecah Tabung Masjid...

SHAH ALAM - Enam lelaki ditahan kerana disyaki terbabit dalam tujuh kes pecah...

Chong Wei Enggan Pandang...

KUCHING - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan beregu campuran utama,...

Suspek Utama Bakar Kereta...

KANGAR - Polis Perlis berjaya menahan suspek utama yang membakar kereta rasmi mufti...

UNSC Tuntut Myanmar Hentikan Keganasan

NEW YORK : Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) akhirnya menerima pakai resolusi pertamanya mengenai Myanmar dalam tempoh 74 tahun untuk menuntut keganasan dihentikan dan menggesa junta tentera membebaskan semua tahanan politik, termasuk pemimpin yang digulingkan, Aung San Suu Kyi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Myanmar berada dalam krisis sejak tentera mengambil alih kuasa daripada kerajaan pimpinan Suu Kyi pada 1 Februari 2021, menahannya dan pegawai lain serta bertindak balas terhadap protes dan perbezaan pendapat pro-demokrasi dengan kekerasan yang melampau.

Duta Besar Britain untuk PBB, Barbara Woodward, berkata mereka sudah menghantar mesej tegas kepada tentera dan menjangkakan resolusi itu akan dilaksanakan sepenuhnya.

“Kami juga sudah menghantar mesej yang jelas kepada rakyat Myanmar bahawa kami mencari kemajuan selaras dengan hak, kehendak dan kepentingan mereka,” katanya selepas pengundian mengenai resolusi yang digubal oleh Britain kepada 15 anggota majlis.

Masalah untuk menangani krisis Myanmar berlanjutan dengan lama apabila China dan Russia turut berdebat menentang tindakan keras.

Justeru, dua negara itu termasuk India berkecuali daripada mengundi semalam di mana hanya 12 ahli mengundi menyokong.


Sementara itu, Duta Besar China untuk PBB, Zhang Jun, menjelaskan China masih mempunyai kebimbangan.

“Ini kerana tiada penyelesaian segera untuk isu ini sama ada ia boleh diselesaikan dengan betul pada akhirnya bergantung pada Myanmar sendiri,” katanya.

Duta Besar Myanmar, Kyaw Moe Tun, yang masih memegang kerusi PBB dan mewakili kerajaan Suu Kyi, berkata walaupun terdapat unsur positif dalam resolusi itu, Kerajaan Perpaduan Nasional terdiri daripada saki-baki pentadbiran yang digulingkan lebih suka teks yang lebih kukuh.

“Kami jelas ini hanya langkah pertama dan Kerajaan Perpaduan Nasional menyeru UNSC untuk mengambil tindakan lebih lanjut serta lebih kuat untuk memastikan berakhirnya junta tentera dan jenayahnya,” katanya.

Sebelum ini, difahamkan teks draf resolusi itu menggesa pemberhentian pemindahan senjata ke Myanmar dan mengancam sekatan, tetapi ia sudah dihapuskan.

-Utusan Online

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori