Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Buruh Dipenjara 2 Bulan,...

KUALA LUMPUR - Akibat menceroboh masuk ke dalam sebuah surau di sini, Ahad...

Huawei Watch Bakal Ke...

HUAWEI pada tahun ini telah memfokuskan kepada penawaran peranti premium dengan rekaan yang...

Mahkamah Khas Bicarakan Kes...

KUALA LUMPUR - Sebuah mahkamah khas untuk membicarakan kes dan individu yang dikaitkan...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

IPOH - Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di Beruas, Perak kekal 38...

Video Tular Tikus ‘Jamah’ Ayam Goreng, Restoran Diarah Tutup

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan sebuah restoran di Pandan Indah, Kuala Lumpur, ditutup 14 hari selepas tular video menunjukkan seekor tikus menjamah ayam goreng dalam pemanas makanan di premis berkenaan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Arahan dikeluarkan dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983, susulan pemeriksaan oleh penguat kuasa kesihatan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Selangor serta Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat di premis itu semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pemeriksaan mendapati tahap kebersihan makanan di premis itu tidak memuaskan.

“Sehubungan itu, tindakan penutupan dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983 dan arahan penutupan selama 14 hari telah dikeluarkan.

“Sebanyak enam notis kompaun turut dikeluarkan mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 kerana gagal dalam beberapa aspek kawalan penyediaan makanan yang bersih dan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menegaskan KKM memandang serius isu kebersihan dan keselamatan makanan, beliau meminta orang ramai terutama pengusaha dan pengendali makanan menggalas tanggungjawab bersama memastikan aspek keselamatan makanan terjaga bagi mengelak keracunan dan penyakit bawaan makanan.


“Pengguna turut disarankan memilih premis makanan yang mempunyai logo BeSS (Bersih, Selamat dan Sihat) apabila membeli atau menjamu makan di luar rumah,” katanya.

Pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan negeri atau melalui melayari http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) di www.facebook.com/bkkmhq .

Jumaat lalu, KKM meminta orang ramai memberikan maklumat berhubung video menjijikkan yang memaparkan seekor tikus sedang ‘menjamah’ ayam goreng dalam pemanas makanan sebuah restoran.

Video tular itu dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter, mendakwa ia berlaku ketika dia sedang makan di premis berkenaan.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori