Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Guru Bebas Tuduhan Miliki...

SEREMBAN - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang...

Razer Blade Baru Lebih...

RAZER, pengeluar produk dan perkakas khusus untuk permainan komputer melancarkan versi terbaru Blade,...

Sultan Perak Pengerusikan Mesyuarat...

KUALA LUMPUR - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis...

Selesai Luar Mahkamah, Depp...

PASANGAN selebriti Hollywood, Johnny Depp dan Amber Heard akhirnya mencapai kata sepakat menyelesaikan...

Wakil Rakyat Tak Dibenarkan Berceramah Di Masjid, Surau Di Perak

Wakil rakyat yang telah ditauliahkan diingatkan bahawa mereka tidak dibenarkan mengadakan ceramah di masjid dan surau negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata ia juga bagi menghormati titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berhubung garis panduan itu sebelum ini, supaya menjaga kesucian rumah ibadat beragama Islam daripada aktiviti parti politik.

“Pekeliling yang dikeluarkan jelas mengatakan tiada orang politik dibenarkan untuk berucap dalam surau atau masjid termasuk saya sendiri, Menteri Besar adalah Exco Agama slam dan banyak kali saya dijemput untuk berucap semasa menghadiri solat Jumaat, tetapi saya berpegang dengan titah Sultan Perak dengan tidak menyampaikan ucapan,” katanya selepas menjadi tetamu pada rancangan Selamat Pagi Cikgu Saarani di stesen radio PerakFM di Ipoh hari ini.

Saarani berkata mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang sebelum ini merupakan pemegang tauliah atau ustaz yang menyampaikan kuliah, kini adalah terikat dengan pekeliling itu termasuk Menteri Besar atau berdepan dengan tindakan penarikan semula tauliah mengajar daripada Jabatan Agama Islam Perak.


Semalam, bekas ADUN Titi Serong Hasnul Zulkarnain Abd Munaim menerusi laman Facebooknya memuat naik poster kuliah maghrib yang disampaikan oleh seorang ADUN di sebuah masjid di Kampung Seri Klebang dan memohon tindakan sewajarnya.

Dalam perkembangan lain, Saarani berkata bejet yang akan dibentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri pada minggu hadapan, antaranya menumpukan perkara berkaitan sekuriti makanan, peluang keusahawanan, perniagaan dan kebajikan rakyat, selari dengan Pelan Perak Sejahtera 2030.

“Selain pembangunan modal insan dan kecekapan pentadbiran kerajaan, ia juga menjurus kepada penyediaan bajet yang mencukupi bagi pentadbiran kerajaan berjalan dengan lancar dan pada masa sama, aspek-aspek kebajikan rakyat diambil kira,” katanya.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori