Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Raja Thailand Mangkat Setelah...

BANGKOK - Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej disahkan mangkat dalam usia 88 tahun, menurut...

Afidavit Mahkamah Rayuan Tak...

SHAH ALAM - Afidavit saksi sewaktu inkues Muhammad Adib Mohd Kassim yang digunakan...

2,380 Murid Terlibat HFMD

PUTRAJAYA - Seramai 2,380 murid daripada 950 sekolah terlibat dengan penyakit Tangan, Kaki...

Peter Hong CEO Baharu...

KUALA LUMPUR : Ramsay Sime Darby Health Care (RSDH) baru-baru ini melantik Peter...

Waris Tragedi Tanah Runtuh Terima Sumbangan RM80,000

Alor Gajah : Sejumlah RM80,000 disumbangkan kerajaan kepada dua keluarga mangsa di Melaka, yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Selangor.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berkata, sumbangan berjumlah RM10,000 kepada setiap mangsa yang terbabit itu disampaikan kepada waris agar dapat membantu meringankan beban ditanggung.

“Hari ini kita beri sumbangan kepada setiap ahli keluarga yang meninggal. Kejadian ini amat menyedihkan bukan saja kepada keluarga malah seluruh rakyat.

“Ini ujian besar bagi mereka (keluarga) dan diharap sumbangan ini dapat meringankan beban dan kesedihan yang terpaksa ditanggung dengan pemergian ahli keluarga,” katanya yang mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada waris mangsa di Machap, hari ini.

Hadir sama ke rumah mendiang pasangan Lai See Tin dan Lai Chee Sam serta mendiang Yu Siew Pay dan Tai Chan Lin adalah Timbalan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) (Sektor Pasca Bencana), Datuk Khairul Shahril Idrus dan Ahli Dewan Undangan (Adun) Machap Jaya, Ngwe Hee Sem.


Menurut Shamsul, Anwar juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada kesemua pegawai dan anggota yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm.

“Kerajaan memandang tinggi dan mengucapkan terima kasih begitu mendalam kepada seluruh pasukan SAR bertungkus-lumus menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang sehingga semalam. Kita syukur apabila semua mangsa dapat ditemui.

“Ini tentunya menuntut kepada suatu komitmen kerja yang tidak mengenal penat lelah, cuaca hujan dan sebagainya meskipun bahaya kepada mereka. Alhamdulillah ia dapat disempurnakan dengan baik,” katanya.

Lapan mangsa dari dua keluarga dari Melaka yang terkorban dalam kejadian itu ialah Lai Chee Sam dan isteri, Lai See Tin masing-masing berusia 33 tahun serta dua anak mereka, Giselle Lai Yu Xi, 6, dan Jonas Lai Ze Kai, 2, selain Tai Chang Lin, 35, dan isteri Yu Siew Pay, 34, bersama dua anak iaitu Tai Jing Key, 7,dan Tai Jing Rou, 4.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori