Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Keagungan Hari Raya Aidil...

Esok, tarikh 10 Dzulhijjah 1435 adalah hari raya agung bagi seluruh umat islam...

Pogba Bercuti Sakan Sudah...

PEMAIN Manchester United, Paul Pogba, menikmati cutinya dengan berkunjung ke Tembok Besar China. Di...

Segamat Dan Tangkak Dilanda...

JOHOR BAHARU - Dua pusat pemindahan banjir dibuka, masing-masing satu di Segamat dan...

Malaysia Perlukan Akta Hasutan...

SEREMBAN - Malaysia memerlukan Akta Hasutan 1948 bagi menjaga sensitiviti masyarakat pelbagai kaum...

36 KIR Terima Bantuan Wang Ihsan Bencana Alam

Kota Kinabalu : Seramai 36 Ketua Isi Rumah (KIR) yang menjadi mangsa fenomena air pasang besar sehingga rumah kediaman roboh dilanda ombak di Kampung Tanjung Aru menerima Bantuan Wang Ihsan Bencana Alam, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bantuan kecemasan sebanyak RM1,000 untuk setiap KIR disampaikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Menurutnya, tiga KIR yang rumah mereka roboh sepenuhnya akan menerima bantuan tambahan sebanyak RM20,000 daripada kerajaan untuk membina rumah baharu.

“Manakala baki 33 KIR dengan rumah yang sebahagiannya roboh akan menerima bantuan sebanyak RM10,000.


“Dengan bantuan dan wang ihsan itu, kerajaan berharap dapat membantu mengurangkan sedikit beban mangsa terbabit,” katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan rumah mangsa fenomena air pasang di Kampung Tanjung Aru Baru, di sini, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Shahelmy Yahya, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir dan Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Noorliza Awang Alip.

Dalam pada itu, ketika ditanya status lebih 100 buah rumah yang roboh akibat di badai ombak ketika fenomena air laut pasang besar di Kampung Forest, baru-baru ini, Hajiji berkata pihaknya sedang menunggu laporan penuh.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori