Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Ajal 3 Motosikal ‘Terbang’...

Melaka : Seorang maut manakala dua cedera sejurus tiga motosikal ditunggangi mereka terbabas...

Pegawai, Anggota Wanita Perlu...

SEREMBAN - Pegawai dan anggota polis wanita dari pelbagai cawangan akan diberikan kursus...

Raja Permaisuri Agong Lawat...

LONDON - Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini...

Azizulhasni Gagal Raih Gangsa...

INCHEON - Kesilapan percaturan gear berikutan cuaca mendung menyebabkan jaguh trek negara, Azizulhasni...

5 ADUN UMNO Gesa Bung Moktar Letak Jawatan

PETALING JAYA: Lima Ahli Dewan Undangan Negeri daripada UMNO menggesa Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Bung Moktar Radin meletakkan jawatan serta-merta.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perkara itu dituntut melalui kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh ADUN Tanjung Keramat, Datuk Shahelmey Yahya, Datuk Janish Daya (Pantai Dalit), Datuk James Ratib (Sugut), Datuk Dr Yusuf Yacob (Sindumin) dan Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk).

Dalam kenyataan bersama itu mereka memaklumkan terkilan dan kesal kerana Sabah serta rakyat sekali lagi diheret dalam krisis politik disebabkan pihak tidak bertanggungjawab.

Menurut lima ADUN tersebut, mereka terkejut dengan tindakan pihak beberapa pihak terutama Bung Moktar kerana berusaha menjatuhkan kerajaan negeri Sabah yang sah.

“Sesungguhnya kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan tersebut dan dengan ini kami mendesak agar beliau (Bung Moktar) meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah dengan serta-merta kerana tindakan tersebut mencemarkan nama baik parti.

“Kami dengan ini mengisytiharkan sokongan kami yang tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri yang sah di sisi perlembagaan,” katanya.


Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, ADUN Barisan Nasional (BN) Sabah sebulat suara menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan kerajaan negeri berkuat kuasa serta merta.

Malah, BN Sabah juga dilaporkan akan mengenakan tindakan disiplin terhadap lima Ahli ADUN parti itu yang mengambil tindakan bertentangan dengan keputusan parti iaitu menyatakan sokongan kepada Hajiji.

Sementara itu, menerusi kenyataan tersebut mereka berharap kemelut politik yang terjadi di negeri bawah bayu itu buat kali kedua berakhir dengan segera.

“Sepertimana juga aspirasi rakyat Sabah, kami mahukan kestabilan politik yang telah wujud selama ini dikekalkan dan menolak sebarang percubaan atau tindakan oleh mana-mana pihak yang ingin menimbulkan kekacauan dan keresahan rakyat,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori