Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Polis Tahan 17 Individu...

JOHOR BAHRU - Polis menahan 17 individu dalam beberapa serbuan berasingan di premis...

Sekolah Tutup Dua Hari...

KUALA LUMPUR - Sekolah di seluruh Malaysia kecuali di beberapa negeri diarah tutup...

Kejayaan Sekolah Bergantung Kepada...

SEREMBAN - Pengetua sekolah berperanan memberi kepimpinan, galakan dan sokongan kepada guru serta...

JR Plus Berkesan Selesai...

ALOR SETAR - Jentera Jalinan Rakyat Plus (JR Plus) Barisan Nasional (BN)  yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun...

53,000 Peserta Berjalan Demi Keamanan

Putrajaya : Seramai 53,000 peserta menyertai program ‘Walk For Peace’ hari ini di lapan lokasi, hari ini.

Acara itu diadakan di Anjung Floria Putrajaya, Stadium Hang Jebat, Alor Gajah, Melaka; Kompleks Sukan Taiping, Perak; Vision Park Bertam, Pulau Pinang, Stadium Kuala Selangor dan Stadium Sungai Besar Sabak Bernam di Selangor; Mini Stadium Kijang Mas, Kota Bharu, Kelantan; dan perkarangan Stadium Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu.

Canselor Pertubuhan Antarabangsa Pendidik Untuk Keamanan Dunia (IAEWP) Malaysia, Syed Araniri Syed Ahmad Al Idrus berkata, program itu diadakan sempena Hari Keamanan Bangsa-Bangsa Bersatu 2023.

“Kita mahu mempromosikan keamanan dan keharmonian antara agama dan bangsa. Mendidik manusia supaya mengekalkan perpaduan dan bertoleransi soal isu agama dan bangsa. Di Malaysia keamanan mestilah berprinsipkan Rukun Negara.


“Sambutan amat menggalakkan dan hari ini sahaja menarik minat 53,000 peserta di lapan tempat termasuk 5,400 peserta di Putrajaya sahaja,” katanya pada program itu, di sini, hari ini.

IEWP adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bernaung di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori