Lahad Datu : Tujuh individu termasuk empat kanak-kanak terselamat selepas kereta dinaiki terjatuh dalam gaung sedalam 30 meter di Jalan Silam, dekat Menara Kayangan, di sini, 1 pagi, hari ini.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan pada 1.18 pagi.
“Kemalangan membabitkan Perodua Aruz dipercayai terbabas sendiri dan jatuh ke dalam gaung.
“Terdapat tujuh mangsa dilaporkan terbabit dan semua mangsa cedera ringan diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS di lokasi kejadian,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Menurutnya, semua mangsa dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
-Harian Metro