Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Daphne Join Program Amal...

TIDAK hanya bergelar hos dan selebriti sahaja, sebaliknya Daphne Iking turut dikenali sebagai...

TRW Tiada Pesawat Tetapi...

KUALA LUMPUR - "Selamat Berjuang The Red Warriors (TRW). Kita tidak punyai pesawat...

Lebih 200 Permohonan Skim...

PUTRAJAYA - Lebih 200 daripada kira-kira 500 permohonan yang diterima bagi Skim Perumahan...

Akibat Ilmu Kebal, Kulit...

PADAH mengamalkan ilmu hitam, kulit mayat seorang lelaki di Bangkok, Thailand ini ditemui...

Ahli Parlimen Petaling Jaya Cadang Tubuh Jawatankuasa Pilihan Khas Tangani Isu Perubahan Iklim

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, mencadangkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Perubahan Iklim dan Pembangunan Lestari ditubuhkan bagi mendepani isu berkait perubahan iklim di negara ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Katanya, cadangan itu telah disuarakan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul, hari ini, dan mendapat respons yang positif.

Beliau berkata, penubuhan jawatankuasa itu penting bagi menerokai pendekatan baharu menangani perubahan iklim, selain mengambil kira situasi negara yang tidak terkecuali dilanda bencana seperti banjir dan tanah runtuh.

“Saya berharap mesyuarat Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat dapat memberi pertimbangan sewajarnya untuk menubuhkan jawatankuasa pilihan khas itu.


“Ia bagi membolehkan seluruh kepimpinan negara mendepani isu membabitkan iklim, dan menjadikannya agenda keutamaan negara,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen, hari ini.

Malah, Chean Chung berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi Ketua Pembangkang juga pernah mengusulkan penubuhan Jawatankuasa Khas Perubahan Iklim dan Kemampanan pada Simposium Perubahan Iklim 2022, 5 September tahun lalu.

Beliau berkata, usul itu bertujuan membantu kerajaan merangka satu hala tuju yang jelas, selain sebagai persediaan mendepani kemelut perubahan iklim.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori