Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Utamakan Intergriti Demi Nama...

KANGAR - Pegawai dan anggota polis diingatkan agar sentiasa meletakkan integriti sebagai aspek...

Industri Inap Desa Raih...

TEMERLOH - Industri inap desa negara mencatatkan pendapatan mencecah RM30 juta setahun melibatkan...

Disney ‘Buang’ Patung Bill...

WALT Disney World dilaporkan telah mengeluarkan patung gangsa bintang komedi Hollywood veteran, Bill...

PAS Tidak Akan Sokong...

PERMATANG PAUH - PAS sama sekali tidak akan bersama Pakatan Harapan di dalam...

Ambil Alih Saham Menara KL: Dua Datuk Direman Empat Hari

PUTRAJAYA – Dua pengarah kanan syarikat bergelar Datuk direman empat hari mulai Sabtu bagi membantu siasatan berhubung isu pembelian saham dan pengambilalihan konsesi pengurusan Menara Kuala Lumpur (Menara KL).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perintah reman sehingga 10 Januari itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini.

Pada Jumaat, sumber SPRM dilapor berkata, kedua-dua individu berusia 49 dan 59 tahun itu merupakan orang tengah yang mengurus urusan suapan dan seorang pengarah urusan syarikat yang dikatakan mengambil alih saham syarikat pengurusan Menara KL, ditahan di Ibu Pejabat SPRM ketika hadir memberi keterangan.

Menurutnya, pemilihan syarikat terbabit disyaki melibatkan permintaan wang rasuah berjumlah ratusan ribu dan seutas jam tangan mewah sebagai hadiah kepada ‘orang atasan’ bagi membantu pengambilalihan tersebut.


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang mengesahkan tangkapan itu berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Sebelum ini, tular di media sosial isu berhubung pengambilalihan pengurusan Menara KL melalui pegangan saham penuh daripada Telekom Malaysia (TM) melalui anak syarikatnya, Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd kepada syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd sehingga menimbulkan persoalan orang ramai terhadap keputusan itu.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori