Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kerajaan BN Tidak Pernah...

KUALA LUMPUR - Pelobi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD)...

Sufian Suhaimi Tidak Kisah...

PENYANYI Sufian Suhaimi mengakui langsung tidak kisah apabila dilabel sebagai 'raja lagu sedih'...

Ibu 2 Anak Ditangkap...

MELAKA - Seorang ibu dua anak ditangkap khalwat bersama seorang pemandu bas ekspres...

Pengguna FB Dakwa Restoran...

Makan makanan daripada sumber halal adalah wajib ke atas umat Islam.Atas dasar itu...

Ancaman Bom: Pesawat Jetstar Mendarat Cemas Di Jepun

GLOBAL | Lebih 60 penerbangan dibatalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Chubu Centrair di wilayah Aichi, Jepun susulan insiden pesawat Jetstar melakukan pendaratan cemas berikutan ancaman bom, lapor media Jepun.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pesawat itu dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Narita dekat Tokyo menuju ke Fukuoka yang terletak di Pulau Kyushu Jepun, ketika terpaksa melakukan pendaratan cemas pada Sabtu pagi.

Nippon TV melaporkan, sebanyak 63 penerbangan dibatalkan di lapangan terbang itu manakala empat lagi pesawat terpaksa menukar destinasi, lapor Sputnik.


Ketika kejadian seramai 136 penumpang dan enam anak kapal berada di dalam pesawat. Akhbar NHK yang memetik polis melaporkan bahawa seramai lima orang cedera semasa proses mengeluarkan penumpang.

Pemeriksaan sudah dijalankan terutamanya di tempat penyimpanan kargo, namun tidak menemukan sebarang bahan letupan. Berikutan pendaratan cemas itu landasan di lapangan terbang ditutup kira-kira empat jam setengah.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori