Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit...

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dalam pesawat Ukraine International...

Penunggang Motosikal Cedera Rempuh...

DUNGUN - Seekor beruang matahari mati selepas dirempuh sebuah motosikal di Kilometer 347.5,...

Dua Pelajar Kolej Universiti...

KUALA LUMPUR — Dua pelajar lelaki jurusan diploma tahun akhir sebuah kolej universiti...

Ardell Aryana Pilih Berdiam...

PELAKON Ardell Aryana masih tetap dengan pendiriannya yang enggan memberi sebarang kenyataan mengenai...

Angka Kematian Taun Malawi Melepasi 1,000

LILONGWE: Kementerian Kesihatan Malawi semalam melaporkan wabak taun di negara berkenaan telah membunuh lebih 1,000 orang ketika negara itu kehabisan vaksin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Negara Afrika selatan itu kini bergelut dengan wabak taun terburuk dalam rekod dengan lebih 30,600 orang dijangkiti sejak kes pertama dilaporkan tahun lalu.

Negara berkenaan menerima hampir tiga juta dos vaksin taun oral daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi meningkatkan kempen imunisasinya, tetapi jumlah kes berkenaan terus meningkat pada November 2022.

“Kami telah menggunakan semua vaksin yang kami ada. Walaupun hakikatnya hanya terdapat satu pengeluar vaksin taun di seluruh dunia menyukarkan untuk mendapat ubat yang menyelamatkan nyawa itu.

“Kami bersaing untuk mendapatkan vaksin yang sama dengan orang lain,” kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Adrian Chikumbe kepada AFP.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sehingga semalam, angka kematian mencecah 1,002 dan adalah satu rekod yang membimbangkan.

Sebelum ini, wabak terbesar direkodkan telah membunuh seramai 968 orang antara tahun 2001 dan 2002.

Wabak taun menyebabkan cirit-birit dan muntah dan dijangkiti daripada bakteria yang biasanya tersebar melalui makanan atau air yang tercemar.

“Apa yang kami perlukan ialah tahap pematuhan yang tinggi terhadap kebersihan dan sanitasi,” kata Chikumbe.

Sementara itu, Pengarah Rangkaian Ekuiti Kesihatan Malawi, George Jobe, berkata situasi berkenaan tidak menguntungkan dan menyalahkan mitos serta maklumat tidak benar yang merebak dalam talian menjadikan situasi semakin teruk.


“Kebanyakan orang tidak percaya kita menghidap taun,” katanya kepada AFP.

Pengkritik pula berkata, wabak berkenaan menyebabkan pihak berkuasa tidak mengambil langkah berjaga-jaga selepas wabak berkenaan melanda hampir 12 bulan lalu.

Ketua Perkhidmatan Pencegahan Kesihatan, Storm Kabuluzi, berkata kerajaan dan golongan bantuan sedang berusaha untuk menyediakan air bersih dan kemudahan mencuci tangan.

Pada masa sama, Kabuluzi menyalahkan beberapa sektor sosial yang memacu penyebaran penyakit berkenaan.

“Kami mempunyai beberapa ahli agama yang tidak membenarkan penganut mereka pergi ke hospital apabila sakit,” katanya.

Pada September, WHO memberi amaran bahawa selepas bertahun-tahun mengalami kemerosotan, dunia telah menyaksikan peningkatan yang membimbangkan dalam wabak taun termasuk perubahan iklim seperti menjadi pencetus permasalahan seperti kemiskinan dan konflik.

Di seluruh dunia, penyakit berkenaan telah menjejaskan antara 1.3 juta dan empat juta orang setiap tahun menyebabkan sehingga 143,000 kematian.

Penyakit berkenaan telah membabitkan sebanyak 1.3 juta orang dan sebanyak empat juta orang dijangkiti pada setiap tahun dan sebanyak 143,000 kematian direkodkan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori