Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

TPM, Isteri Turut Ziarah...

SEHARI selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, timbalan beliau, Datuk Seri...

Selebriti Diminta Tidak Promosi...

SEBERANG PERAI - Golongan selebriti yang mempromosikan kegiatan mengubah suai motosikal Yamaha Y15ZR...

Sambutan Hebat Jualan Sentuhan...

LANGKAWI - Jualan Sentuhan Rakyat yang mendapat sambutan hangat pengguna di beberapa lokasi...

Bekas KPSU Kementerian Ditahan...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas Ketua Penolong...

Anwar Tiada Hajat Bina Mercu Tanda Baru

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak berhajat untuk membina mercu tanda baharu di bawah pentadbirannya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata mercu tanda sedia ada seperti Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Menara TRX sudah mencukupi.

“Saya jaga Kuala Lumpur, cukup mercu tanda KLCC dan TRX, saya takkan bersaing. Bawah Anwar, saya tak berhajat buat petanda,” katanya ketika berucap pada Majlis Dialog Belanjawan 2023 bertema ‘Membangun Malaysia Madani’ di Putrajaya hari ini.

Sebaliknya, Anwar berkata terdapat keperluan untuk menjana keupayaan kota, kebersihan, keindahan serta memberi ruang dan tumpuan kepada perusahaan kecil sederhana (PKS), golongan penjaja dan pengusaha warung.


Berdasarkan pemerhatiannya melalui pendekatan makan di warung pada setiap Jumaat, Anwar berkata kurang perhatian diberikan kepada golongan PKS dan penjaja.

“Oleh itu tumpuan membantu sektor itu perlu dalam memastikan rakyat golongan bawah mendapat manfaat dari inisiatif dan pembaharuan,” katanya yang turut mengajak syarikat besar dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk bersama menjayakan usaha itu melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori