Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kes Enjin Terbakar: Korea...

HUKUM... Kerajaan Korea Selatan terpaksa mengenakan denda sebanyak 11.2 bilion won (kira-kira RM42...

Manfaat Teknologi Digital, Tingkat...

PUTRAJAYA - Penggunaan teknologi digital dalam meningkatkan akses kepada kesedaran penyakit jantung dan...

Najib Mahu PDRM Beri...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berpesan kepada semua...

Pandikar Amin Sedia Bertanding...

KOTA KINABALU - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membayangkan...

Anwar Tiba Di Indonesia Untuk Lawatan Rasmi 2 Hari

JAKARTA: Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Indonesia, hari ini, dalam lawatan rasmi pertamanya ke luar negara sejak menyandang jawatan itu pada 24 November lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri Malaysia ke-10 yang dikenali rakyat dan dihormati tokoh masyarakat di sini, diiringi oleh isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dalam lawatan dua hari itu.

Pesawat khas yang membawa Anwar dan isteri mendarat di Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pada jam 2 petang waktu tempatan tadi (jam 3 petang waktu Malaysia).

Ketibaan beliau disambut oleh Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat Indonesia, Basuki Hadimuljono, serta Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono.

Anwar diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; serta Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Adlan Mohd Shaffieq.

Anwar memulakan lawatan dengan tradisi bersongkok yang sering dipakai untuk menghadiri acara tertentu demi memartabatkan budaya.

Perdana Menteri dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo, esok, yang akan memberi peluang kepada Kuala Lumpur dan Jakarta menilai kemajuan kerjasama dua hala, meneroka peluang kerjasama baharu serta menggalakkan usaha bersama untuk menangani cabaran serantau serta global.

Pelbagai isu akan dibincangkan, termasuk kerjasama ekonomi serta potensi pelaburan oleh Malaysia di Ibu Kota Negara Nusantara, pembatasan sempadan darat dan maritim, serta pengambilan dan perlindungan pekerja migran dari Indonesia.


Kedua-dua pemimpin juga akan bertukar-tukar pandangan berkenaan perkembangan serantau dan global, terutama situasi di Myanmar, serta usaha bersama untuk menangani diskriminasi minyak sawit memandangkan Malaysia dan Indonesia merupakan pengeksport terbesar dunia.

Dalam lawatan itu, lapan memorandum persefahaman antara sektor swasta Malaysia dan Indonesia akan dimeterai dengan jumlah projek dianggarkan bernilai RM1.16 bilion.

Selain itu, Anwar dijadual menyampaikan satu syarahan umum mengenai ‘Hubungan Strategik Malaysia-Indonesia’, dan mengadakan sesi ramah mesra bersama diaspora Malaysia di Jakarta.

Pada 2021, Indonesia merupakan rakan dagang global ketujuh terbesar Malaysia dan ketiga terbesar dalam kalangan negara ASEAN dengan jumlah dagangan sebanyak RM95.31 bilion (AS$22.98 bilion).

Dari Januari hingga November 2022, Indonesia adalah rakan dagangan global keenam terbesar dan kedua terbesar dalam kalangan negara ASEAN dengan peningkatan jumlah dagangan sebanyak 41.7 peratus membabitkan jumlah RM120.26 bilion (AS$27.31 bilion).

Kunjungan Anwar sangat dinantikan masyarakat di Indonesia, terutama untuk mendengar sendiri pembaharuan dasar yang bakal diperkenalkan dalam memperkukuh hubungan negara serumpun Malaysia-Indonesia.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori