Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Penjawat Awam Mungkin Terima...

KUALA LUMPUR - Penjawat awam berkemungkinan menerima beberapa penambahbaikan dalam Bajet 2015, kata...

Imigresen, Kerajaan Sabah Bincang...

KOTA KINABALU - Jabatan Imigresen masih sedang berbincang dengan kerajaan negeri Sabah bagi...

Harga Jualan Minyak Masak...

KUALA LUMPUR: Minyak masak botol lima kilogram (kg) mula dijual di peringkat peruncit...

Bayi Lelaki 17 Bulan...

SEBERANG PERAI - Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan kematian seorang bayi lelaki berusia...

Bakar Al-Quran: Lebih 500 Berhimpun Secara Aman Di Kedutaan Sweden

KUALA LUMPUR : Lebih 500 individu berhimpun dan berarak aman dari Masjid As-Syakirin KLCC ke Kedutaan Sweden, di sini hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perhimpunan aman yang disertai beberapa pemimpin Pas, Bersatu dan badan bukan kerajaan (NGO) Islam sebagai demonstrasi mengutuk tindakan membakar al-Quran oleh ahli politik Sweden-Denmark, Rasmus Paludan, baru-baru ini.

Naib Ketua Pejuang Muda Malaysia, Mohd. Akmal Mohd. Yusof berkata, satu nota bantahan telah diserahkan kedutaan Sweden berkaitan tindakan biadab oleh Paludan.

Kata beliau, nota bantahan tersebut telah diserahkan kira-kira pukul 3 petang tadi kepada Kuasa Usaha Sementara Kedutaan, Robert Peder Lejon.

“Penyerahan nota bantahan berkenaan telah diterima dan berjalan lancar dan teratur.

“Sebagai rakyat Malaysia yang bertamadun yang mana agama rasmi negara ini adalah Islam, serta mempunyai kepelbagaian resam adat serta agama, Pejuang Muda mengutuk keras tindakan Paludan yang membakar al-Quran ini.

“Sehingga kini, tiada apa-apa maklum balas dari kerajaan Sweden berkenaan tindakan Paludan yang dianggap kurang ajar,” katanya ketika ditemui di hadapan kedutaan Sweden di sini hari ini.

Terdahulu, laungan takbir turut bergema di hadapan Kedutaan Sweden di Jalan Mayang Sari di sini pagi tadi apabila lebih 30 badan bukan kerajaan (NGO) berkumpul bagi menyerahkan nota bantahan sama.


Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd. Azmi Abdul Hamid pula mempersoalkan tindakan kerajaan Sweden yang tidak mengambil tindakan terhadap Paludan kononnya atas dasar hak kebebasan bersuara.

“Ia satu tindakan yang bahaya walaupun atas nama kebebasan pendapat. Saya juga bertanya kalau ada kumpulan yang menyerang dan menghina agama Kristian yang dominan di Sweden, adakah kerajaan Sweden akan berdiam diri? Sudah tentu tidak.

“Jadi kenapa kerajaan Sweden tidak mengambil tindakan kepada pelaku yang membakar al-Quran itu. Dia akur dan terima bahawa mereka ada kebebasan,” jelasnya.

Minggu lalu, Paludan membakar al-Quran ketika tunjuk perasaan di depan Kedutaan Turki di ibu negara Sweden, Stockholm, pada 21 Jan lalu dengan kebenaran polis negara itu.

Menurut laporan Al-Arabiya, Paludan dalam permitnya menyatakan tunjuk perasaan itu adalah terhadap Islam dan cubaan presiden Turki mempengaruhi kebebasan bersuara di Sweden.

Pembakaran kitab suci itu mengundang kecaman banyak pihak, termasuk Amerika Syarikat yang menarik perhatian bahawa pembakaran itu berlaku ketika Sweden perlukan persetujuan Turki untuk menyertai Nato.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori