Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pekerja Curi Duit Punca...

KOMPOSER Ajai atau nama sebenarnya Mohd. Faizal Maas, 40, terpaksa menutup restorannya, Asam...

Polis Siasat Video Penunggang...

SERDANG - Polis menjalankan siasatan terhadap sebuah video yang tular Ahad lalu menunjukkan...

SPRM Papar Senarai Pengisytiharan...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memaparkan pengisytiharan harta anggota...

Pergerakan Pedati Dibenarkan Dengan...

PUTRAJAYA - Kebenaran khas untuk pergerakan pedati dari Kuil Sri Maha Mariamman, Kuala Lumpur...

‘Beri Peluang Kepada Kami Untuk Pulihkan UMNO’ – Tok Mat

KUALA LUMPUR : Kepimpinan UMNO perlu diberi peluang sekali lagi untuk memulihkan parti itu, selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) serta bagi meneroka dinamik politik baru bersama Kerajaan Perpaduan diterajui Pakatan Harapan (PH).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata fokus utama UMNO kini adalah untuk memastikan parti itu bersedia untuk menghadapi saingan dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) sekaligus PRU16.

“Saya mohon kepada ahli UMNO bagi parti, peluang untuk menerokai dinamik politik semasa untuk kita pastikan survival (kelangsungan) parti jadi keutamaan. Supaya apa yang dilakukan pucuk pimpinan parti hanya semata-mata untuk memastikan kita mulakan langkah menghadapi PRU16.

“Beri peluang. Kita kalah (PRU) bukan menang. Kita masih diberikan ruang untuk dapat bersama dalam kerajaan sebab parti yang menang tak menang banyak kerusi. Jadi (mereka) bagi kami peluang. Parti lain dalam negara sudah pernah duduk bersama (dengan PH) dan kita lihat bagaimana.

“Walaupun masuk (bersama PH), kita bukan bergabung. Kita bersama untuk menguruskan negara. Kita diberi mandat untuk duduk dalam kerajaan. Kita akan sedaya upaya pertingkatkan prestasi, terutama menteri daripada UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

Mohamad berkata, pemimpin UMNO kini memikul satu tanggungjawab besar untuk memulihkan keyakinan rakyat, khususnya ahli UMNO terhadap parti itu dan usaha ini mesti dilakukan secara bersama semua pemimpin termasuk di akar umbi.

“Di atas bahu saya, terpikul satu tanggungjawab. Kita tahu, kawasan yang dulu sebagai ‘fix deposit’ (simpanan tetap) dalam PRU14, tetapi ia sudah musnah (dalam PRU15).


“Jadi ini tanggungjawab saya. Sakit berpunca, mati bersebab. Apa puncanya, apa sebabnya. Kawasan yang ada kem tentera akan saya lawati. Baliklah ke kawasan kita, bina semula tembok kita yang pecah.

“Mari kita pungut batu bata yang bersepah, untuk kita bina semula benteng UMNO, benteng baharu untuk kita dalam PRU16,” katanya.

Sementara itu, Mohamad berkata, UMNO akan memanfaatkan sepenuhnya sistem ‘blasting’ bagi menghantar ‘elektronik handbill’ kepada semua pengundi.

“Kita akan menghadapi enam PRN. Selaku pengarah pilihan raya, saya akan bersama rakan-rakan dan mesyuarat MKT baru-baru ini, Presiden sudah lantik Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican untuk membantu pengurus operasi ‘war room’ dan bilik gerakan.

“Saya sudah berbincang sepintas lalu, bagaimana cara untuk kita mengurus dengan lebih baik lagi dalam menghadapi beberapa isu yang timbul. Apa yang penting, kita tidak ada nombor telefon.

“Walaupun kita mohon (nombor telefon) tapi tak dapat. Kita ada sistem ‘blasting’ atau eletronik ‘handbill’, jadi kita berharap lepas ini kita dapat nombor terbabit dan ini akan membolehkan jentera kita untuk kurangkan kerja, tapi dapat menembusi setiap pengundi dalam kawasan masing-masing,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori