Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Wanita Paling Cantik Di...

VERA Brezhneva yang dinobatkan sebagai wanita paling cantik di Rusia dengan pengikut seramai...

Peminat Iceland Ketawa Terbahak-Bahak...

SEORANG peminat pasukan Iceland dirakam ketawa terbahak-bahak di dalam sebuah kereta api setelah...

2,551 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 2,551 kes baharu penularan...

Bekas Tentera Diberkas Serang...

KUALA TERENGGANU - Seorang bekas tentera diberkas selepas cuba merampas senapang daripada seorang...

Bung Moktar Letak Jawatan Presiden Safa

TIMBALAN Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) berkuat kuasa serta-merta.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata, peletakan jawatan itu dibuat atas kerelaan dirinya sendiri selain mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya politik.

Katanya lagi, surat peletakan jawatan secara rasmi akan dihantar kepada Setiausaha Agung Safa dalam masa terdekat untuk dimuktamadkan.

Sementara itu, bercakap mengenai prestasi pasukan bola sepak negeri, beliau mengakui sedikit kecewa dengan pencapaian turun naik pasukan Sabah FC.

Bagaimanapun katanya, sepanjang mengetuai badan induk bola sepak itu, pasukan telah berupaya melakukan perubahan dalam pencapaian selain pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi dapat dilaksanakan.

“Saya tetap gembira kerana sedikit sebanyak berjaya membawa perubahan kepada pentadbiran Safa dan beberapa kejayaan pasukan Sabah FC walaupun ia masih di tahap yang masih belum memuaskan.

“Mengurus badan induk bola sepak khususnya pasukan Sabah FC memerlukan sokongan serta dokongan daripada semua pihak terutama daripada peneraju utama kepimpinan negeri yang memerlukan kesungguhan untuk membantu Safa khususnya pasukan Sabah FC melangkah lebih jauh ke hadapan,” katanya.


Beliau turut menegaskan sejak mengambil alih tampuk pentadbiran Safa, tiada sebarang agenda peribadi selain berhadapan dengan pelbagai cabaran dari segi kekangan waktu dan sumber kewangan untuk memajukan mutu serta pencapaian sukan bola sepak di negeri itu.

“Menjadi harapan saya dan semua peminat yang selama ini menyanjung tinggi pasukan bola sepak Sabah agar terus memberikan sokongan kepada pengganti saya,” katanya.

Ahli Dewan Parlimen Kinabatangan itu memegang tampuk pentadbiran badan induk berkenaan sejak Jun 2021.

Sebelum itu, pada Disember 2020 ahli majlis tertinggi Safa sebulat suara bersetuju melantik Bung Moktar sebagai pemangku Presiden Safa dan disahkan sebagai Presiden Safa menerusi mesyuarat agung luar biasa Safa pada Jun 2021.

Bung Moktar yang juga Pengerusi UMNO Sabah ketika ini terpalit dengan dakwaan cubaan menumbangkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)- Barisan Nasional (BN) dan ia dikuatkan lagi dengan pengumuman UMNO dan BN Sabah menarik sokongan terhadap Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori