Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

“Maaf Dan Terima Kasih...

"SAYA telah cuba sedaya upaya saya untuk memberikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia." Demikian...

Kes Curi Uniform Polis...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini...

Jangan Terpengaruh Dengan Fatwa...

TUMPAT - Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dinasihati agar...

Manifesto BN: Sabah, Sarawak...

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) menjanjikan wilayah Sabah dan Sarawak sebagai hab...

Chris Hipkins Sah Sebagai PM Baharu New Zealand

WELLINGTON – Parti Buruh New Zealand mengesahkan Chris Hipkins sebagai pemimpin baharu parti itu sekali gus menjadi Perdana Menteri ke-41 New Zealand.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mesyuarat kaukus parti itu pada Ahad mengundi Chris Hipkins sebagai ketua baharu parti dan menjadi calon tunggal bagi menggantikan Jacinda Ardern yang mengumumkan peletakan jawatannya pada Khamis lalu, lapor Xinhua.

Ahli Parlimen Kelston dan menteri Kabinet Carmel Sepuloni dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

Berdasarkan sistem politik New Zealand, parti yang memegang majoriti di parlimen layak untuk membentuk kerajaan dan memilih ketua parti itu menjadi perdana menteri.

Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat kaukus itu, Hipkins berkata beliau akan mengangkat sumpah secara rasmi sebagai perdana menteri pada Rabu depan, diikuti rombakan kabinet pada minggu seterusnya.


Beliau berikrar untuk menumpukan kepada isu domestik termasuk berkaitan inflasi, harga perumahan dan undang-undang selain mungkin merancang untuk melawat China.

Hipkins menggantikan Ardern yang mengumumkan akan meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan ketua Parti Buruh pada Februari dan tidak akan bertanding semula.

Sementara itu, pilihan raya umum New Zealand 2023 dijadual diadakan pada 14 Oktober, kata Ardern.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori