Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Bekas Pengarah Urusan Dituduh...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas pengarah urusan sebuah syarikat swasta bergelar datuk berhadapan...

Yayasan Sabah Jalin Kerjasama...

KOTA KINABALU - Kumpulan Yayasan Sabah (YS) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU)...

JAIPk Perkenal e-Jodoh Bantu...

IPOH - Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan memperkenalkan laman sesawang e-jodoh untuk...

Malaysia Kutuk Serangan Menyayat...

KUALA LUMPUR - Malaysia mengutuk serangan di Kabul, Kabul, Afghanistan pada Sabtu dengan...

Dadah: Anak Artis Popular Era 90-an Dipenjara Lapan Bulan

KUALA PILAH – Anak seorang artis wanita popular era 1990-an dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki dan memasukkan dadah ke dalam badan, Oktober tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Majistret, Saiful Sayoti turut memerintahkan tertuduh, Syarra Sudarman, 29, menjalani tempoh pengawasan selama tiga tahun.

Berdasarkan pertuduhan, dalam milikan tertuduh ada dua peket plastik lut sinar mengandungi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 1.72 gram di sebuah hotel di Pekan Kuala Pilah lebih kurang jam 11.45 pagi, 12 Oktober 2022, iaitu kesalahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta yang sama.

Dia turut dituduh mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memberikan kepada diri sendiri dadah berbahaya jenis amphetamine dan methamphetamine di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah kira-kira jam 3 petang pada tarikh yang sama.

Atas kesalahan itu dia boleh dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibaca bersama dengan Seksyen 38B akta yang sama.

Sementara itu, tertuduh dalam rayuannya menyatakan sebelum ditangkap dia mempunyai pekerjaan tetap di Kuala Lumpur dan menyara anaknya sepenuhnya.


Katanya, sepanjang berada di Penjara Sungai Udang, Melaka dia telah menerima panggilan daripada ibunya sebanyak dua kali memaklumkan ibunya tidak sihat.

Dia turut memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap kerana mahu menjalankan tanggungjawabnya sebagai ibu di Kuala Lumpur.

Timbalan Pendakwa Raya, Peh Fong Xi memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan bermula dari tarikh dia ditangkap bagi kesalahan memiliki dadah, manakala kesalahan memasukkan dadah, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama lima bulan bermula dari tarikh sabitan.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori