Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mayat Budak Lelaki Dalam...

MADRID - Polis Sepanyol menemui mayat budak lelaki berusia lapan tahun dalam bonet...

‘PM Tak Perlu Layan...

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tidak perlu melayan...

Pendaftaran MTC Dibatalkan Kerana...

KUALA LUMPUR : Pendaftaran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS)...

Suwaibah Teruskan Misi Tawan...

KUALA LUMPUR – Pelari solo wanita negara, Mejar (K) Dr. Suwaibah Mohd. Nasir...

Dua Kanak-Kanak Rentung Dalam Kebakaran

GOMBAK – Dua beradik meninggal dunia dalam kebakaran sebuah rumah teres di Jalan Dewan Simpang Tiga, Kampung Tanggut, di sini, awal pagi tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian sekitar pukul 3.54 pagi.

Katanya, seramai 22 kekuatan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dan Rawang serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Gombak telah bergegas ke tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, pihak kami mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah teres terbakar 70 peratus dan pihak bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengawal kebakaran berkenaan.


“Sekitar pukul 4.43 pagi, kami menjumpai dua mangsa kanak-kanak, Nur Syaza Alfisya, 9, dan adik lelakinya, Muhammad Al Qayyum Muhammad Faizan yang berusia 6 tahun.

“Kedua-dua mangsa tidak dapat menyelamatkan diri kerana pintu grill berkunci serta ibu bapa mangsa keluar rumah ketika kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori