Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Facebook Dan Google Tidak...

DARI FB NAJIBSAYA terima penjelasan Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong bahawa Facebook dan...

Penolong Pegawai Veterinar Terima...

JOHOR BAHARU - Seorang Penolong Pegawai Veterinar dijatuhi hukuman denda RM7,000 selepas mengaku...

Rokok Bernilai Lebih RM20,500...

SEREMBAN - Sebanyak 2,309 paket rokok bernilai RM20,584 disita dalam 18 operasi bersepadu...

Kesian… Kamal Adli Kecewa...

Keretakan hubungan cinta antara pelakon Kamal Adli dan Intan Ladyana hangat diperkatakan peminat...

Dua Pengarah Didakwa Subahat Lupus Harta RM10.6Juta

SHAH ALAM – Dua pengarah syarikat perunding pembinaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan bersubahat bagi pelupusan wang dua buah syarikat jenis teknologi dan kejuruteraan bernilai RM10.6juta antara tahun 2017 dan 2018.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tertuduh, Lim Pay Chuan, 53 dan Lim Ah Hock, 71, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Pay Chuan didakwa tiga pertuduhan melibatkan keseluruhan RM10.07juta manakala Ah Hock bagi satu pertuduhan bernilai RM530,000 selepas dengan curangnya bersubahat dengan seorang pengurus besar syarikat pembinaan, G. Paismanathan, 53, sehingga menyebabkan seorang wanita dikenali Chin Yit Wah melupuskan harta milik dua buah syarikat jenis teknologi dan kejuruteraan kepada sebuah syarikat lain.

Kesalahan itu dilakukan mereka di sebuah syarikat di Ara Damansara, dekat sini antara 1 Ogos 2017 hingga 5 Januari 2018.


Justeru, mereka didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 403 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, sebat dan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muaz Ahmad Khairuddin manakala kedua-dua tertuduh diwakili Peguam Gobind Singh Deo.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM200,000 setiap seorang bersama seorang penjamin selain perlu menyerahkan pasport antarabangsa kepada pihak mahkamah dan sebutan semula kes ditetapkan 24 Februari depan.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori