Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Anak Beranak Maut Dalam...

JOHOR BAHRU - Dua beranak maut selepas kenderaan dinaiki mereka dilanggar sebuah lori...

Pengurusan Air Di Sabah...

KOTA KINABALU - Pengurusan kawal selia air di Sabah 'kurang memuaskan', menurut Laporan...

Hartanah Lembaga TH Di...

BANGKOK - Projek hartanah kediaman dan komersial Lembaga Tabung Haji (TH) di atas...

5,276 Permohonan Untuk MyDeposit...

PUTRAJAYA - Sebanyak 5,276 permohonan diterima bagi Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama atau...

Elak Terpedaya Skim Bonus Hadiah Keluarga TM

CYBERJAYA : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan ada mengeluarkan emel atau mesej kepada orang awam untuk menuntut hadiah wang tunai di bawah skim bonus sebuah syarikat telekomunikasi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

SKMM menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, emel itu mengkehendaki mangsa menyelesaikan transaksi di Maybank sebelum dapat menuntut hadiah wang tunai sebanyak RM270,000 di bawah Bonus Hadiah Keluarga TM.

Menurutnya, kandungan e-mel tersebut juga menjelaskan, transaksi dengan Maybank adalah sah dan mereka boleh menuntut wang tunai itu tanpa rasa takut.

“Justeru, orang ramai adalah diingatkan sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan e-mel atau mesej yang tidak ditentukan kesahihannya.

“Elak daripada memberikan butiran peribadi seperti kad dan nombor kad pengenalan kepada individu yang tidak dikenali,” katanya.


Katanya, orang awam juga perlu berwaspada dan melindungi diri daripada menjadi mangsa penipuan, kecurian maklumat peribadi serta bentuk jenayah yang lain.

Dalam pada itu, SKMM menggesa orang awam untuk tidak mudah terpedaya dengan e-mel sedemikian.

Pada masa sama, segera laporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) untuk perhatian dan tindakan susulan.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori