Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Bekas KM Pulau Pinang...

Mana-mana bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang berkhidmat selama dua penggal sebelum atau...

Ismail Dilantik Ketua Pengarah...

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Perikanan, Datuk Ismail Abu...

Mid Valley City Dibuka,...

KUALA LUMPUR: Pusat beli-belah Mid Valley City di sini, dibuka untuk operasi seperti...

Aksem Tahan Lelaki Thailand...

ALOR SETAR - Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Negeri Kedah menahan seorang lelaki...

Harga Runcit Petrol Kekal

PUTRAJAYA : Harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.35 seliter bagi tempoh bermula esok sehingga 18 Januari depan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Begitu juga harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal pada harga RM2.05 seliter serta RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan, harga runcit produk petroleum secara mingguan itu mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
Menurut kementerian itu, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel.

Sungguhpun begitu, harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat melebihi harga paras siling yang ditetapkan.


Harga runcit mengikut formula APM bagi RON95 dan diesel meningkat lebih 10 sen berbanding had harga siling yang ditetapkan.

“Kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori