Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pihak Berkuasa Indonesia Lakukan...

JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia kini melakukan operasi mencari pesawat Lion Air yang...

Pendigitalan Mahkamah, Mudahkan Proses...

KUALA LUMPUR - Badan Kehakiman negara kini bukan sahaja dalam proses pendigitalan, tetapi...

Abu Kassim Lawat Pejabat...

ALOR SETAR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Abu Kassim...

“DAP Jangan Menyibuk Hal...

KOTA BHARU - DAP diingatkan agar tidak mencampuri urusan parti lain terutamanya usaha...

India: 50,000 Penduduk Di Uttarakhand Mungkin Jadi Gelandangan

HALDWANI: Ribuan penduduk di bandar Haldwani di Uttarakhand, memenuhi jalan-jalan raya di bandar ini dalam usaha untuk menyelamatkan rumah mereka daripada dirobohkan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mahkamah Tinggi di Uttarakhand mengeluarkan perintah bahawa kira-kira 4,500 rumah di kawasan Banbhoolpura di Haldwani telah dibina di atas tanah milik Indian Railways.

Perintah mahkamah itu berdasarkan proses litigasi yang dikemukakan oleh orang perseorangan.

Penduduk di kawasan berkenaan berkeras mengatakan tanah itu bukan milik Indian Railways dan keputusan mahkamah tersebut jelas telah mengetepikan hak mereka.

Kes itu kini dibawa ke Mahkamah Agung India dan andai keputusan mahkamah tinggi negeri dikekalkan, maka lebih 50,000 penduduk yang sebahagian besarnya beragama Islam akan berisiko menjadi gelandangan.

“Saya dilahirkan di sini. Datuk saya juga menetap di sini. Kami telah tinggal di sini selama beberapa dekad,” kata Nisar Ahmad, 74, kepada Bernama.

Haldwani yang terletak di daerah Nainital ialah satu daripada bandar komersial utama dan terletak kira-kira 270 kilometer dari New Delhi.


Kawasan Banbhoolpura dihuni penduduk yang mempunyai pelbagai latar belakang pendapatan.

“Kami mempunyai dokumen untuk tanah ini, kami membayar cukai dan bil utiliti,” kata Aneesur Rahman, 40.

Kawasan seluas kira-kira 4.5 kilometer persegi itu mempunyai 15 sekolah swasta dan beberapa sekolah kerajaan yang menyediakan pendidikan untuk hampir 4,500 kanak-kanak.

Selain itu, kawasan berkenaan turut dilengkapi 10 masjid, 12 madrasah dan empat kuil.

“Selama 63 tahun saya menetap di sini. Kini kami diberitahu kami tinggal di tanah yang diceroboh. Kami berharap mendapat keadilan di Mahkamah Agung,” kata Abdul Mateen Siddiqui, seorang ahli Parti Samajwadi di Uttarakhand.

Bernama-

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori